Kisah Hamba Allah Kuat Beribadah Masih Melakukan Kemaksiatan

MasyAllah.!!! Kisah Hamba Allah Yang Kuat Beribadah Tapi Masih Melakukan Kemaksiatan, Jangan Melakukan Perangai Sedemikian | Allah SWT menentukan cara beribadah bagi manusia sesuai dengan unsur kejadian kita yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani.

Mungkin setiap individu mampu dalam mengerjakan amal ibadah secara umum (nampak dari segi lahiriah) namun tidak mampu menyertakan hati (khusyuk) ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Secara jelas Allah SWT terangkan dalam surah Al Ankabut ayat 45 maksudnya: “Dan dirikan olehmu akan solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar”.

Jika kita lihat seseorang itu mengerjakan solat namun masa yang sama juga melakukan perbuatan mungkar, ini membuktikan bahawa solat yang dikerjakan itu hanya sekadar melakukan amalan jasmaniah, sedangkan roh solat itu tidak meresap dalam ibadahnya.

Ingatlah, jangan sampai kita mengerjakan solat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga iaitu seperti solat orang-orang munafik. Mengenai hal ini Allah SWT berfirman maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas.

Mereka hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia. Dan mereka tidaklah mengingat Allah kecuali sedikit sekali “.

Begitu juga dalam amal ibadah yang lain seperti membaca Al Quran dan sebagainya. Jika seseorang itu memahami segala yang dibacanya, pastilah ia akan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah kerana rasa takut dan takwa.

Seandainya tidak ada perubahan keperibadian terhadap pembacanya bermakna bacaannya tidak menimbulkan apa-apa kesan yang positif, bererti amalannya hanya bersifat lahirah sahaja.

Untuk memperolehi roh ibadah yang sempurna agar segala amalan yang kita lakukan memberi kesan kepada akhlak dan keperibadian, hendaklah melengkapi dengan ilmu pengetahuan agama yang betul dan sempurna,

Bukan sekadar ikut-ikutan tanpa asas yang kukuh. Dengan demikian barulah ibadah kita dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Sekian Terima Kasih

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat