TataCara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa

Info Manfaat: Inilah TataCara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa | Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang berhak sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara itu.

Apa kata kami memohon hajat kepada Allah SWT selain usaha yang telah dibuat. Hajat itu boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.

Solat Sunat Hajat iaitu solat untuk meminta sesuatu hajat tertentu yang boleh dilakukan dengan sendirinya mengikut keperluan masing-masing. Ia juga boleh dilakukan dengan jemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat hingga dua belas rakaat. Lafaz niat solat Hajat:

TataCara Solat Sunat Hajat

Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

TataCara Solat Sunat Hajat

Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

TataCara Solat Sunat Hajat

Doa Solat Sunat Hajat: Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.

TataCara Solat Sunat Hajat

Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati dan setelah selesai berdoa harus diakhiri dengan selawat yaitu:

TataCara Solat Sunat Hajat

Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati akan dikabulkan oleh Allah SWT.

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat