TABIAT MENGUAP SANGAT TIDAK DISUKAI ALLAH. KENAPA? BACA PENJELASANNYA DI SINI..

Tabiat menguap sangat tidak disukai Allah. Kenapa? Menguap bukanlah dibenci Allah, tetapi tidak disukainya kerana menguap cenderung melemahkan dan melesukan tubuh badan untuk beribadah yang berpunca daripada banyak makan. Oleh itu Rasulullah ada mengajarkan kita tiga adab menguap yang boleh dipraktikkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:” Sesungguhnya Allah menyukai (hambanya) bersin dan tidak menyukai hambanya menguap.” (RIwayat Al-bukhari)

Inilah islam yang mengatur dan menitikberatkan adab dalam seluruh kehidupan manusia walaupun sekecil-kecil perkara.

Alangkah indahnya hidup seorang muslim yang memilih islam sebagai cara hidup yang memberi panduan dalam setiap urusan kehidupannya. Antada adab menguap yang diajarkan oleh Rasulullah:

1. Berusaha menahan diri daripada menguap

Menguap tidak dapat dielakkan kerana ia tindak balas semula jadi badan manusia. Oleh itu perbaiki corak pemakanan, cara pernafasan dan keaktifan tubuh kerana menguap petanda negative tubuh kita kelesuan kerana kekurangan oxygen dan peredaran darah tidak lancar.

Loading...

Maka apabila menguap berusahalah menahannya. Jika tidak mampu, jangan sampai mengeluarkan suara ataupun menggeliat badan.

2. Meletakkan tangan di mulut

Seperti yang diriwayatkan oleh muslim, ini merupakan cara yang diajarkan oleh Rasulullah bagi melindungi ‘syaitan’ daripada masuk ke dalam mulut yang terbuka. Huraian para ulama ‘syaitan’ yang dimaksudkan ialah penyakit.

Jika dilihat dari sudut perubatan moden, mulut manusia yang menguap akan mengeluarkan virus penyakit berjangkit. Jadi hikmah adab ini bagi melindungi diri kita dan orang lain daripada penyakit tersebut.

3. Hentikan bacaan Al-quran

Bagi mengelakkan daripada berubahnya sebutan huruf Al-quran yang boleh menyebabkan maknanya berubah, maka dianjurkan agar berhenti membaca Al-quran ketia menguap. Dan diulangi kembali ayat tersebut.

Keburukan menguap

Nabi s.a.w. bersabda:

“Bersin itu daripada Allah dan menguap itu daripada syaitan. Jika salah seorang daripada kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya. Jika ia katakan ‘aah’ maka syaitan tertawa dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Riwayat Al-tarmizi)

(Sumber: Gen-Q)