Sungai Paling Jernih Di Dunia, Hebat Ciptaan Mu Ya Allah
SubhanAllah !!! Inilah Sungai Paling Jernih Di Dunia, Hebat Ciptaan Mu Ya Allah (12 Gambar) | Ini di namakan bukti kekuasaan Yang Maha Esa, Maha mencipta sekian alam.
Ini adalah Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore.
Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Masyallah! Kagum dengan keindahaan alam ciptaan Allah SWT.
Jadi Kita sebagai manusia,jagalah keindahan alam semula jadi ciptaannya.dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat