Selain Sedap Dimakan Bersama Ulam, Budu Juga Merupakan Makanan Tinggi Probiotik – Baik Untuk Perkembangan IQ & Usµs Anak

Budu merupakan antara makanan yang sangat popular dalam kalangan penduduk di sebelah Pantai Timur. Kebiasaannya mereka akan makan budu ini bersama-sama ulaman seperti petai, timun batang serta lauk-pauk lain.

Sos yang berwarna sedikit coklat dan kemerahan ini diproses daripada ikan bilis dan diperam untuk beberapa waktu sehingga bilis tersebut menjadi hancµr. Ia biasanya dihasilkan oleh perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam botol.

Namun ada juga di sesetengah kedai yang menjual dalam plastik untuk penduduk kampung. Jika ingin dipasarkan kepada orang ramai biasanya ia dimasukkan ke dalam botol.

Bukan sahaja mendapat perhatian daripada penduduk di sebelah pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu namun ia juga turut diminati oleh penduduk negeri lain. Bahkan ada juga penduduk dari luar Malaysia yang menggemari budu ini.

Di Kelantan kebiasaannya mereka akan meletakkan bawang, cili dan perahan limau nipis ke dalam budu bagi meningkatkan lagi kesedapannya. Ramai yang kata makanan tradisional ini boleh mencantikkan wajah dan membuatkan kita kelihatan awek muda.

Oleh sebab itu ramai dalam kalangan wanita di pantai timur yang cantik dan berseri. Walaupun begitu masih tidak dapat diketahui lagi setakat mana kebenarannya.

Namun apa yang benar mengenai budu ini adalah ia merupakan salah satu makanan yang tinggi probiotik. Tahukah anda apa itu probiotik? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang apabila dimakan boleh memberi manfaat kesihatan.

Kebaikan probiotik ini adalah ia membantu mengurangkan cir1t-birit anak, membantu penyerapan usus anak, kuatkan sistem imµn anak serta menambah bilangan bakteria baik dalam usus anak.

Hal tersebut telah dikongsikan oleh Wan Zawani Mustafa menerusi laman Faceb00k miliknya. Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Siapa baru tahuu info ni?

Baruu tahuu buduuuu one of makanan tinggi Probiotik. Lepahhhh ni hari2 kito make Budu yeee anok-anok.

Makanan Tinggi Probiotik bagus untuk anak?

4 jenis makanan yang tinggi Probiotik untuk IQ dan usus anak adalah :

– Budu.

– Yogurt asli tanpa perisa.

– Tempe.

– Cencalok.

Priobiotik ini adalah microorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan bila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Bahasa mudahnya probiotik adalah ‘kµman baik’

Antara manfaat probiotik adalah :

– Mengurangkan cir1t-birit anak.

– Bantu penyerapan usus anak.

– Kuatkan sistem imun anak.

Tambah bilangan bakteria baik dalam usus anak.

”Nak bagi anak sihat tak perlu dengan makanan mewah pun. Cukup dengan makanan yang mµrah asalkan tahu khasiat dan manfaatnya“.

Jadi untuk memastikan anak-anak sentiasa sihat dan bahagia, berilah makanan yang berkhasiat dan bermanfaat. Tak perlu berikan minuman kultur yang mempunyai banyak gula untuk dapatkan pribiotik, beri sahaja makan budu. Semoga mereka membesar dengan sihat, pintar dan selamat.

PANDUAN RINGKAS PROSES PENGHASILAN BUDU.

Budu atau Sos Ikan Bilis ialah sejenis makanan yang popular di negeri Pantai Timur Kelantan dan Terengganu yang diproses atau dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dibuat serta dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia.

Walaubagaimanapun pernahkah kita terfikir bagaimana proses penghasilan budu ini sehingga menjadi makanan kegemaran majoriti masyarakat Kelantan.

Bahan yang diperlukan untuk membuat budu adalah:

– Satu kilogram ikan bilis.

– Garam kasar secukupnya.

– Segenggam asam jawa (isi sahaja).

– Gula melaka/manisan.

– Air secukupnya.

CARA CARA.

1. Bersihkan ikan bilis kemudian toskan.

2. Bahagikan garam kepada lima bahagian kemudian taburkan bahagian pertama daripada pembahagian garam tadi kedalam bekas (bekas yang digunakan untuk memerap budu) sehingga rata.” sebaiknya guna bekas tembikar/porselin.

3. Gaulkan ikan bilis dengan isi asam jawa sehingga rata. Kemudian bahagikan kepada empat bahagian.

4. Masukkan gula melaka dan gaul rata.

5. Ikan bilis ditaburkan ke atas lapisan garam yang ditaburkan dalam bekas tadi. Kemudian garam ditaburkan sekali lagi ke atas ikan bilis. Ulang proses ini sehingga pembahagian garam dan ikan habis digunakan. Akhirnya lapisan garam dan ikan bilis terbentuk yang diakhiri dengan lapisan garam. Kemudian isi air sehingga penuh.

6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut tabµrkan garam terlebih dahulu (bagi mengelakkan lalat bertelµr). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.

7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga hancµr secara keseluruhan. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari kerana ini boleh menyebabkan budu berµlat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Boleh juga dikacau untuk hancµrkannya.

8. Setelah semuanya hancµr, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

PETUA.

Gunakan gelas sebagai sukatan ikan dan garam dengan nisbah 3:1. (3 gelas ikan, satu gelas garam).

Sumber Wan Zawani Mustafa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.