Ramai Yang Anggap, Terus Kepada Pembahagian Faraid – Cara Urus Harta Pµsaka Yang Jarang Diketahui Umum

Ramai yang masih keliru atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kaedah menguruskan harta pµsaka si m4ti. Ramai yang beranggapan, terus kepada pembahagian faraid atau muafakat harta yang ditinggalkan oleh si m4ti.

Untuk makluman, pembahagian faraid adalah yang terakhir selepas semua urusan dunia si m4ti telah diselesaikan. Di sini saya nyatakan tertib pengurusan harta pusaka bagi manfaat kepada kita semua.

TERTIB URUS HARTA PUSAKA.

Langkah #1: Pengumpulan harta si m4ti.

Semua harta si m4ti wajib diistiharkan kepada semua waris kadim yang mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan oleh si m4ti.

Langkah #2: Mengasingkan harta yang telah dihibahkan semasa hidup kepada penerima yang telah nyatakan dalam dokumen hibah atau wakaf.

Harta yang telah dihibahkan atau wakaf tidak termasuk dalam proses pembahagian harta pusaka.

Langkah #3: Belanja Pengkebµmian.

Menyelesaikan belanja pengkebµmian si m4ti dengan menggunakan harta si m4ti jika tiada khairat kem4tian.

Langkah #4: Hµtang.

Menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh si m4ti. Terdapat 2 ketegori hutang iaitu hµtang dunia dan hµtang kepada Allah swt.

Hµtang dunia adalah pinjaman kereta, rumah, kepada organisasi seperti cukai tanah, LHDN, PTPTN, Bank, PBT dan lain-lain.

Hµtang kpd Allah SWT adalah badal haji (jika mampu dan belum tunai haji) zakat, fidyah, nazar dan seumpamanya.

Hµtang hendaklah dibayar menggunakan harta yang dimiliki oleh si mati dengan segera selepas dikeluarkan wang tunai atau simpanan dari THaji / KWSP / Akaun Bank.

Jika hµtang ini dibayar terlebih dahulu oleh waris si m4ti maka ianya hendaklah dibayar balik kepada waris tadi kecuali waris menghalalkan.

Langkah #5: Harta Sepencarian.

Menyelesaikan harta sepencarian dari pasangan si mati jika ada tuntutan dibuat melalui mahk4mah syariah dan keputusan telah dikeluarkan oleh mahk4mah syariah.

Langkah #6: Wasiat 1/3.

Melaksanakan wasiat 1/3 pembahagian harta kepada bukan waris jika semasa hidup si m4ti ada hasrat tertentu seperti anak angkat, saudara bukan waris faraid, rumah kebajikan, masjid dan seumpamanya. Nilai harta yang boleh diwasiatkan terhad kepada 1/3 sahaja. Jika lebih dari 1/3 memerlukan persetujuan waris faraid.

Langkah #7: Pembahagian Faraid atau Takhruj.

Kita kena tahu rukun faraid ada 3 iaitu:

– M4ti hakiki atau m4ti hukmi.

– Ada meninggalkan harta.

– Ada waris.

Ini bermakna hukum faraid hanya wujud apabila pemilik harta meningg4l dunia. Sekiranya terdapat baki harta si m4ti selepas menyelesaikan langkah 3 hingga 6, harta tersebut wajib di kira pembahagian faraid kepada waris yang terlibat dan semua waris wajib mengetahui bahagian masing-masing mengikut kadar seperti yang ditetapkan dalam Al Quran Suruh An Nisa Ayat 11, 12 dan 176.

Selepas mengetahui nilai masing-masing, waris boleh membuat keputusan mengekalkan bahagian masing-masing atau muafakat dari segi pembahagian dengan melepaskan bahagian faraid atau pembahagian samarata dikalangan mereka yang terlibat.

Jika arw4h tidak meningg4lkan baki harta selepas langkah 3-6, sebaliknya ada hµtang yg belum selesai, maka tidak ada pembahagian faraid dalam keadaan ini. Waris hendaklah berusaha membayar hµtang setakat kemampuan tanpa menjejaskan kehidupan sendiri dan anak-anak. Jika tidak mampu juga bayar hutang, ianya terserah kpd Allah SWT.

Oleh itu, kalau kita berhµtang, sebaiknya kita juga wajib ada aset dan nilai lebih dari hµtang.

Kesimpulan.

Adalah menjadi kewajipan waris untuk menyelesaikan pembahagian harta pµsaka. Waris wajib memudahkan pembahagian harta pusaka dan menyelesaikan semua urusan dunia si m4ti dengan segera bagi mengelakkan berlakunya kematian waris-waris faraid selepas itu di mana bahagian waris yang meninggal selepas si m4ti akan di warisi pula oleh waris-waris lain.

Ini akan menimbulkan kesµkaran bagi menyelesaian pembahagian harta pusaka.

Di Semenanjung Malaysia, pembahagian harta pµsaka hanya boleh diuruskan di 3 tempat berikut:

#1. Amanah Raya Berhad (ARB) (Harta Ringkas) jika si mati meninggalkan harta alih sahaja tidak melebihi RM600K. Sekiranya lebih dari RM600K perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil. ARB hanya diberi kuasa mengeluarkan perintah pembahagian atau pentadbir harta pusaka sekiranya si m4ti mempunyai harta alih tidak melebihi RM600K shj ( Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995)

#2. Unit Pembahagian Harta Pµsaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) – Harta Pµsaka Kecil – (Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

Nilai keseluruhan harta pusaka si mati kurang dari RM2 juta dan wajib mempunyai Harta Tak Alih iaitu tanah atau rumah. Semua harta alih yang lain boleh dibuat bersama-sama harta tak alih.

#3. Mahkamah Tinggi Sivil ( Harta Pusaka Besar) ( Akta Probate).

Si m4ti mempunyai harta pusaka yang bernilai lebih dari RM2 juta ke atas termasuk harta alih dan harta tak alih.

Semoga dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi manfaat kepada tuan/puan semua bagaimana membuat perancangan harta untuk diri sendiri dan menyelesaikan harta pusaka waris-waris yang telah meninggal dunia yang belum diselesaikan.

Sumber limaminit.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.