Pernah Terkena Badi May4t, Pikul May4t Terbµrai Perut – Pegawai Waran II Tengku Hamzah Engku Husin

Memikul may4t k0munis secara bergilir-gilir yang terbµrai isi perut sejauh tiga kilometer adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Pegawai Waran II Tengku Hamzah Engku Husin, 76, sepanjang 22 tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Mengimbau kembali peristiwa itu, Tengku Hamzah berkata, ia berlaku pada tahun 1974 ketika dia bersama-sama anggota yang lain terbabit dalam operasi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Buloh, Keroh, Perak untuk menentang kumpulan k0munis.

Katanya, pada ketika itu, dia ditempatkan dalam kompeni A yang terdiri daripada 12 anggota dan masuk ke dalam kawasan hutan serta pada jam 8 pagi membuat ser4ngan hendap dan berlaku temb4k-menemb4k dengan kumpulan k0munis.

“Semasa pertempµran itu, pasukan kami dapat menembak tiga orang k0munis dan membawa mereka keluar dari hutan untuk diserahkan kepada pihak P0lis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami bergilir-gilir memikul may4t mereka dan menempuh masa perjalanan selama dua jam di dalam hutan disebabkan keadaan yang berbukit bukau sebelum sampai ke jalan utama.

“Sepanjang perjalanan saya sedikit berasa agak gentar selain uniform yang dipakai turut dipenuhi dengan dar4h serta bau dar4hnya yang hanyir sehingga menusuk hidung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Tok Kambing.

Tengku Hamzah berkata, selepas pulang daripada operasi dia terkena gangguan mist1k atau badi may4t selama dua minggu menyebabkan dia lenguh badan selain sukar melelapkan mata kerana sering dibayangi dengan keadaan may4t k0munis itu.

“Bagi mengubati badi may4t, saya berjumpa dengan beberapa individu yang pakar dalam bidang perubatan Islam dan Alhamdulillah lama-kelamaan ia semakin berkurangan namun itu tidak bermakna saya sudah serik mengikuti operasi menentang komunis apabila diarahkan.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalamannya bertempur dengan k0munis ketika menjalankan operasi sempadan Malaysia-Thailand pada tahun 1973 semasa membuat pertahanan dalam kubu di atas Bukit Berapit Air Panas, Perak.

“Bagaimanapun, pada jam 1 pagi kami diser4ng oleh sekumpulan penggan4s k0munis dan berlaku temb4k menemb4k selama lima jam dan ketika itu juga ketua platun meminta bantuan temb4kan meriam daripada Sungai Lalang.

“Semasa kejadian temb4k menemb4k, seorang koperal yang menjaga general-purp0se machine gµn (GPMG) terkena temb4kan musµh di lengan kanan dan saya berlari untuk mengambil alih tempatnya namun tiba-tiba kaki saya tersangkut pada akar pokok kayu sehingga rebah dan k0munis menemb4k ke arah saya,” katanya.

Katanya, dengan semangat pertempuran, dia kemudiannya merangkak sejauh 10 meter ke arah GPMG dan dalam masa sama, kedengaran bunyi temb4kan meriam menuju ke sasaran pihak musµh dengan beberapa letµpan sehingga k0munis berhenti menyer4ng dan mengundur diri ke Betong, Thailand.

“Pada keesokan hari, kami membuat tinjauan ke tempat letµpan pelµru meriam dan menemui enam may4t penggan4s k0munis yang lengkap beruniform terbunµh dan kesemuanya diserahkan kepada PDRM.

“Bagaimanapun, saya terselamat dalam peper4ngan yang dianggap sengit itu,” katanya.

Bapa kepada enam orang anak dan datuk 28 cucu ini berkata, pada tahun 1975 dia sekali lagi mengikuti Operasi Sri Aman di Sarawak dan berpengkalan di Simanggang.

“Dalam operasi itu, terdapat beberapa batalion termasuk Pasukan P0lis Hutan (PPH) yang bersama kami mengepung kawasan yang diduduki penggan4s k0munis dan boleh dikatakan setiap hari kami dapat membunµh pihak musµh kerana mereka sudah tidak ada jalan keluar kerana sudah dikepung.

Bapa kepada enam orang anak dan datuk 28 cucu ini berkata, pada tahun 1975 dia sekali lagi mengikuti Operasi Sri Aman di Sarawak dan berpengkalan di Simanggang.

“Dalam operasi itu, terdapat beberapa batalion termasuk Pasukan P0lis Hutan (PPH) yang bersama kami mengepung kawasan yang diduduki penggan4s k0munis dan boleh dikatakan setiap hari kami dapat membunµh pihak musµh kerana mereka sudah tidak ada jalan keluar kerana sudah dikepung.

“Disebabkan kawasan mereka sudah dikepung, seramai 400 orang penggan4s k0munis yang diketuai B00b Kee Ch0ck keluar dan menyerah diri dan selepas itu tidak ada lagi ancaman k0munis. Susulan penyerahan diri itu juga Pekan Simanggang ditukar nama kepada Pekan Sri Aman,” katanya.

Tengku Hamzah berkata, mengikuti lebih 10 operasi menentang k0munis sepanjang 22 tahun berkhidmat iaitu dari tahun 1968 sehingga bersara 1990 adalah pengalaman mengerikan dan dia bersyukur tiada lagi ancaman k0munis.

“Selepas bersara, diberi kepercayaan untuk memegang jawatan dalam Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai Penguasa RELA Bersekutu sehingga 2025,” katanya.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini