Percaya Dan Yakinlah Anda Akan Bercahaya Pada Hari Kiamat
Percaya Dan Yakinlah Anda Akan Bercahaya Pada Hari Kiamat Kesan Wuduk Dengan Sempurna | Wuduk (وُضُوء) adalah perbuatan menggunakan air untuk membasuh angota-anggota tertentu dengan niat untuk mengangkat hadas.
Adapun wadhu (وَضُوء) dengan difathahkah huruf waw bererti air yang digunakan untuk wuduk. Al-Hafiz Ibnu Hajr rahimahullah berkata, “Perkataan wuduk diambil dari pecahan perkataan al-wadha-ah yang bererti bercahaya.
Ia dinamakan demikian kerana orang yang mengerjakan solat menyucikan dirinya (dengan wuduk) sehingga menjadi bercahaya.”
Hal yang semakna dengannya disebutkan juga oleh Imam Al-Syaukaani rahimahullah dalam Nailul Authar Bab Sifat Wudhu.
KEUTAMAAN WUDUK : Cahaya pada hari kiamat, Orang yang berwudhu dengan wuduk yang sempurna akan mendapat cahaya pada wajah, hujung kedua tangan, dan kedua kakinya pada hari Kiamat kesan dari dia berwudhu ketika di dunia.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan wajah dan hujung kedua anggota tangan dan kaki mereka bercahaya hasil daripada kesan-kesan wuduk.” (Bukhari Muslim)
Apabila dikatakan umatku atau umat Nabi Muhammad, ia membawa dua maksud; Umat Al-Dakwah (umat yang diseru yakni seluruh manusia)
Umat Al-Ijabah (umat yang menerima seruan, yakni kaum Muslimin). Yang dimaksudkan dengan ‘umatku’ dalam hadis ini adalah umat Al-Ijabah iaitu umat Islam yang telah menerima dakwah Nabi Muhammad.
Pada hari Akhirat kelak, mereka ini yang akan diseru dan mereka akan datang dalam keadaan wajah serta hujung kedua tangan dan kaki mereka bercahaya kerana hasil dari ibadah wuduk yang mereka kerjakan ketika di dunia.
Kesan anggota badan yang telah dibasuh dan disapu untuk wuduk itu akan menjadi tanda umat Nabi Muhammad pada hari Kiamat kelak.
Manusia pada hari Kiamat tidak memakai tanda nama yang menunjukkan mereka Muslim, tetapi cahaya kesan dari wuduk ini menjadi tanda yang tidak boleh dipalsukan.
Dengan cahaya-cahaya ini umat Nabi Muhammad dikenali pada hari kiamat. Umat yang lain, jauh sekali orang-orang kafir, mereka tidak ada cahaya-cahaya ini.
Niat Wuduk Dan Doa Selepas Berwuduk : Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu,
Dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!” (Surah Al-Maa’idah:6)
Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwuduk terlebih dahulu
Hukum berwuduk ada 2 iaitu : 1. Wajib -Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
2. Sunat -Ketika hendak mandi wajib -Hendak membaca al Quran, hadis dan buku -Ketika hendak tidur -Ketika marah
Doa selepas wuduk : Nabi bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan ‘abdahu wa rasulluh,
Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka.” (HR Tirmizi)
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia dan akhirat. Wallahu a’lam
Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat