Penjelasan Bagi Isteri: Mertua Lebih Utama Atau Ibu Bapa Kandung? Ramai Yang Silap!

UNTUK ISTERI: MERTUA LEBIH UTAMA DARIPADA IBU BAPA KANDUNG?

Kalo isteri suami no1, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? kalo suami plak ibu lebih utama dari isteri kan? tp nafkah tu mmg isteri la yg mst diutamakan.. kan? tp kebajikan ibu bapa takleh diabaikan..
Jawapan:

Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.

Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.

Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini.
Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya.
Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri.

Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua’lam.
~~~~~~

Di sini kami kongsikan satu ringkasan fatwa yang elok dibaca:
Assalamualaikum.
Jazakumullahu khair.

Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz jawab di atas.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?

Assalamualaikum.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri.
Benarkah hal ini.

Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:

1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.

2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.

3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.

4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.

5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.


*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi 
Wallahua’lam.

Sumber: Dr Ustaz Rozaimi Ramle

Baca lagi cerita dibawah
Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:
Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.
Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.
Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:
Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :
Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
Jangan Lupa Joint Group Nasihat Ustaz : https://www.facebook.com/groups/NasihatUstazOfficial
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=6wNtQbbNdDA