Panglima Rentap – Pejµang Iban Yang Disanjung Kawan, Digerµni Lawan

Libau anak Ningkan, juga dikenali sebagai Libau Rentap (1800–1863) ialah seorang pahlawan Iban-Dayak dan salah satu hero Iban yang dikenali di Sarawak, semasa pemerintahan pertama Raja Pµtih, James Br00ke.

Nama pujiannya, “Rentap Tanah, Runtµh Menua”, diterjemahkan dari bahasa Iban sebagai “Bumi-gegar, Penggoncang-dunia”.

Apabila Orang Kaya Pemancha Dana, sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil alih mengetuai beberapa ser4ngan di kawasan Lautan Sambas dan P0ntianak, Indonesia. Atas keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal sebagai seorang pahlawan handal dan juga menent4ng pemerintahan Rajah James Br00ke.

Menurut buku yang ditulis oleh Kapten Henry Keppel (4) pada 4 Jun 1843, Rajah Br00ke dan Keppel mengatur satu ekspedisi untuk menyer4ng kaum Dayak yang diketuai oleh Orang Kaya Pemancha Dana yang dikatakan sering membuat hµru-h4ra di Sungai Saribas.

Pada 11 Jun 1843 askar Rajah Br00ke membak4r rumah panjang Orang Kaya Pemancha Dana di Nanga Padeh, Saribas. Pada 14 Jun 1843, askar Rajah Br00ke, menyer4ng sebuah lagi rumah panjang Linggi ‘Mali Lebu’ di Kerangan Pinggai, Paku.

Pada 17 Jun 1843, mereka menyer4ng rumah panjang Rekaya Antau ‘Linggang Neneri’ dan Rekaya Gun ‘Mangku Bumi’ di Sungai Tawai, Rimbas.

Rajah Br00ke telah mengarahkan Orang Kaya Pemancha Dana, Linggi dan seorang lagi pengikut Linggi untuk menyerahkan Rentap supaya membuat perjanjian perdamaian dan tidak menjalankan aktiviti ngayaµ lagi. Namun Rentap enggan berbuat demikian.

Pada 19 Ogos 1844, askar Rajah Br00ke yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali menyer4ng tempat kediaman Rentap di Kerangan Peris Skrang, namun ser4ngan ini berjaya dipat4hkan oleh Rentap.

Rajah Br00ke kemudian mendirikan kµbu (Fort Of James) di Nanga Sungai Skrang bagi menyekat pergerakan Rentap melalui kawasan ini. Rentap dan pengikutnya menyer4ng Fort Of James pada tahun 1853.

Bulan Disember 1853, Rajah Brooke pergi ke hulu Sungai Skrang untuk mengadakan rundingan perdamaian namun dit0lak oleh Rentap.

Pada tahun 1854, Rajah Brooke menghantar seramai 7,000 askar dari Kuching yang terdiri daripada orang Dayak dan Melayu untuk menyer4ng Rentap di Sungai Lang, Skrang. Rentap dan pengikutnya berusaha mempertahankan kubu mereka daripada diser4ng.

Beliau terkenal dengan kata-kata semangat “Agi Berdarah Agi Ngelaban”, “Agi Idup, Agi Ngelaban” (“Masih Berd4rah, Masih Mel4wan”, “Masih Hidup Masih Mel4wan”). Namun ser4ngan yang begitu hebat akhirnya memaksa Rentap dan pengikutnya mengundurkan diri ke Bukit Sadok.

Rentap dan pengikutnya kemudian memperkuatkan kedudukan mereka di Bukit Sadok dengan mengumpul pengikut yang setia kepada beliau di sepanjang Sungai Skrang dan hulu Sungai Saribas.

Rentap yang juga diberi gelaran sebagai ‘Raja Bukit’ kemudian membina kµbu di kawasan cµram Bukit Sadok yang ketinggiannya 2,725 kaki (830 meter) dan sukar untuk didaki oleh pihak musµh.

Pada 15 Jun 1857, Tuan Muda Charles Brooke mengadakan ekspedisi pertama bersama askarnya iaitu 3,500 Dayak dan 500 Melayu untuk menyer4ng kubu Rentap di Bukit Sadok.

Rentap dan pengikutnya bertindak balas dengan menggunakan sebuah meri4m (1515) ‘Bujang Timpang Berang’ yang mereka perolehi selepas membµnuh penjaga kubu di Lintang Batang, Alan Lee, pada tahun 1853. Rentap dan pengikutnya akhirnya berjaya menµmpaskan askar Tuan Muda Charles.

Pada tahun 1858, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi kedua dengan membawa rombongan yang lebih besar untuk men4ngkap Rentap di Bukit Sadok.

Mereka menyer4ng dan memb4kar rumah panjang di kawasan Sungai Saribas yang menyebelahi Rentap. Di samping itu, askar Tuan Muda Charles juga membakar rumah panjang pengikut Rentap di kawasan hulu Julau.

Sekembali dari kawasan Julau, rombongan askar Tuan Muda Charles menuju ke Bukit Sadok untuk menyer4ng Rentap. Namun ser4ngan askar Tuan Muda Charles ini juga berjaya dipatahkan Rentap dan pengikutnya.

Ramai askar Tuan Muda Charles yang melarikan diri. Kemenangan ini menyebabkan Rentap semakin terkenal dan semakin digerµni oleh pihak musµh ketika itu.

Pada 16 Oktober 1861, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi ketiga untuk menyer4ng Rentap di Bukit Sadok. Pada ekspedisi kali ini, sebanyak 12 meri4m telah dibawa termasuk sebuah meri4m yang digelar ‘Bujang Sadok’ yang kini masih disimpan di Muzium Negeri Sarawak.

Tuan Muda Charles menawarkan ‘Tajau Rusa’ kepada Nanang dan Luyoh iaitu anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana yang merupakan pengikut Rentap supaya mengadakan rundingan dengannya.

Rundingan ini telah dibuat tanpa pengetahuan Rentap. Nanang dan Luyoh berjanji setia kepada pemerintahan Rajah Brooke. Ini menyebabkan Rentap mar4h dan memuµnahkan kubu yang dibina oleh Nanang dan Luyoh di kaki Bukit Sadok.

Pada 28 Oktober 1861, meri4m ‘Bujang Sadok’ melepaskan 17 das temb4kan dan telah mer0sakkan sebahagian daripada kubu Rentap. Rentap pula membalas temb4kan dengan menggunakan meriam ‘Bujang Timpang Berang’ (kini disimpan di Pejabat Daerah Betong). Namun penemb4k meri4m Rentap telah terkena temb4kan menyebabkan dar4hnya terkena belerang dan akhirnya meriam ini tidak berfungsi lagi.

Apabila Rentap menyedari keadaan ini, beliau mengarahkan pengikutnya berundur dan mempertahankan kubu di kawasan dinding batu berdekatan dengan kubu.

Kubu Rentap telah dib4kar namun beliau tetap tidak mahu menyerahkan diri dan berundur ke hulu Sungai Skrang di kawasan Bukit Lanjak Entimau, Lemanak dan Engkari.

Selepas itu Rentap berpindah ke Ulu Entabai, di kawasan Kanowit dan Julau. Di sini, beliau mendirikan kubu di Bukit Stulak. Beberapa tahun kemudian beliau berpindah ke Karangan Panggil di Ulu Wak dan meningg4l dunia pada 1870.

‘Lumbung’ (kubµr) Rentap masih terdapat di Bukit Sibau di kawasan Sungai Hulu Budu/Kabo Saratok dan Sungai Wak Julau.

Kepahlawanan Rentap semasa melawan pemerintahan Rajah Brooke telah menjadi inspirasi kepada pejµang Dayak semasa zaman darµrat Komunis.

Di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya, Rentap dicatat dalam sejarah sebagai perwira negara. Justeru itu kawasan kubu Rentap di Bukit Sadok perlu dipulihara dan dijaga oleh kerajaan untuk memastikan ianya terus menjadi legenda kubu kepahlawan Rentap di Bukit Sadok pada 160 tahun yang lepas.

Semoga Bermanfaat

Sumber I Love Borneo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.