Nik̷ah Tak Perlu Mew̷ah Yang Penting S̷ah & Berkah

Rancang majlis bersejarah dan elakkan kos perbelanjaan yang besar. Perkara ini tidak mustahil dilakukan jika anda bijak untuk berjimat dan sudah ada sasaran. Harus diingatkan, majlis yang sempurna perlu diukur dengan kemampuan individu itu sendiri.

Jangan sesekali terikut-ikut dengan nafsu hingga mendorong anda berbelanja besar tanpa menghiraukan jumlah wang yang akan dikeluarkan.

Pastikan anda mempunyai bajet dan jangan sesekali berhutang. Lelaki bernama Amir Syahir ini berkongsi panduan untuk anda yang bakal melangsung perkahwinan dengan cara sederhana tanpa berhutang! Pasti menjimatkan.

PANDUAN BAJET KAHWIN SECARA SEDERHANA

Cuti sekolah dah nak dekat. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.

Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar.

Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.

Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!

Pokoknya, kalau berkemampuan go on sahaja. Tapi kalau acah-acah mampu, insaflah. Nasihat ini berdasarkan pengalaman admin yang dah berkahwin, maka tepuk dada tanya selera!