Nafkah Buat Ibubapa Menjadi Wajib Keatas Anaknya

Mungkin Ramai Anak Yang Tidak Tahu – Nafkah Buat Ibubapa Menjadi Wajib Keatas Anaknya Jika Ada 2 Syarat Ini

Mungkin ramai yang tahu bahawa nafkah seorang anak perlu ditanggung oleh bapanya sehingga umur 18 tahun atau sehingga anak tersebut berkahwin atau mampu menanggung nafkah dirinya.

Namun hakikatnya pada masa kini, kebanyakan anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas masih di bangku sekolah atau di pusat pengajian tinggi,

Yang masih memerlukan kos bagi menampung yuran pengajian dan sara hidup mereka. Adakah bapa masih wajib menanggungnya? Di samping itu terdapat juga anak-anak kurang upaya,

Dari segi fizikal dan mental, yang tidak mampu bergerak aktif seperti manusia normal yang lain, sampai bilakah mereka perlu ditanggung oleh bapa?

Nafkah menurut Syarak ialah mengeluarkan belanja kepada mereka yang wajib atas seseorang itu mengeluarkan untuk anak-anaknya, termasuklah semua hajat dan keperluan seharian seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya.

Kewajipan bapa mengeluarkan belanja nafkah kepada anak adalah berdasarkan firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyem [purnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara sepatutnya.

Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa menderita kerana anaknya;

Dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding,

Atas mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu serahkan (upah) yang kamu berikan itu dengan cara yang patut. ”

Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor memperuntukkan kewajipan seorang bapa menanggung nafkah anak. Seksyen 73 (1) berbunyi – “Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya,

Maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain,

Samaada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. ”

Kadar nafkah yang diwajibkan hendaklah sekadar mengikut keperluan dan hajat, menurut keadaan dan kemampuan orang yang berkewajipan itu.

Firman Allah s.w.t dalam surah at-Talak ayat 7 bermaksud: “Hendaklah orang yang berkemampuan memberi nafkah menurut kemampuanya.

Dan orang yang telah ditetapkan ke atas reskeinya, maka hendaklah ia mengeluarkan belanja (nafkah) berdasarkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

Tidak dibebankan oleh Allah seseorang itu melainkan setakat apa yang diberikan oleh Allah kepadanya. Nescaya Allah akan menjadikan sesudah kesempitan itu kelapangan. ”

Seseorang bapa bertanggungjawab menanggung belanja nafkah anak-anaknya sehingga anak lelaki mencapai umur baligh dan anak perempuan sehingga berumahtangga.

Kewajipan ini adalah tidak bersyarat dan mutlak, tidak kiralah samada anak-anak itu berada dalam jagaannya atau tidak. Sesetengah pihak cuba menafikan hak anak-anak mendapat nafkah,

Atas alasan bahawa dia tidak dapat berjumpa anak atau dihalang daripada berjumpa anak oleh bekas suami atau bekas isteri.

Kewajipan membayar nafkah dan hak lawatan anak adalah dua perkara yang berbeza dan tidak boleh dijadikan syarat atau alasan untuk menafikan dan menidakkan hak kanak-kanak bagi mendapat pembiayaan nafkah.

Sekiranya anak-anak belum boleh berdikari, anak itu miskin dan tidak mempunyai harta sendiri dan pada masa yang sama bapa itu mampu memberi nafkah,

Maka bapa tersebut masih bertanggungan untuk memberikan nafkah, walaupun anak bukan di bawah jagaannya. Jika kanak-kanak itu seorang perempuan, menurut mazhab Syafie dan Maliki,

Wajib nafkahnya ke atas bapa sehingga anak itu bersuami. Manakala menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, tidak wajib ke atas bapa memberikan nafkah kepada anak perempuan yang sudah besar dan boleh berusaha sendiri.

Pandangan mazhab Hanafi dan Hanbali ini lebih sesuai dengan keadaan kini, di mana kebanyakan kanak-kanak perempuan pada masa kini walaupun sudah bersuami telah berkerja dan berpendapatan untuk menampung diri sendiri.

Jadi sekiranya anak perempuan telah berkerja dan boleh menanggung nafkah diri sendiri, walaupun belum berkahwin, maka kewajipan bapa untuk membayar nafkah kepadanya akan tamat.

Seorang kanak-kanak lelaki yang belum berkahwin, sihat dan berupaya menyara diri sendiri, bukanlah menjadi tanggungan ke atas si bapa.

Namun mahkamah Syariah boleh atas permohonan kanak-kanak tersebut atau mana-mana orang lain untuk melanjutkan perintah nafkah kepada suatu tempoh akan datang sebagaimana yang difikirkan munasabah,

Termasuklah bagi membolehkan anak itu melanjutkan pelajaran atau latihannya. Pada masa kini, kebanyakan anak-anak yang berumur 18 tahun dan ke atas,

Masih di bangku sekolah atau di pusat pengajian tinggi, yang masih memerlukan kos bagi menampung yuran pengajian dan sara hidup mereka.

Begitu juga jika anak itu cacat atau kurang upaya (OKU) disebabkan hilang upaya dari segi akal atau jasmani, yang tidak mampu bergerak aktif seperti manusia normal yang lain,

Serta tidak mampu untuk hidup berdikari, maka bapa masih bertanggungan mengeluarkan belanja untuk nafkah anak tersebut, walaupun umur mereka telah melebihi 18 tahun.

Seksyen 80 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan – “Kecuali- (a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat;

(B) jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau (c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk- (i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani,

Tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau (ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya,

Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain,

Melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi. ”

Sekian Terima Kasih,Tonton video Pencerahan diatas.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat