Nabi MelArang Kita Mencela Ayam Jantan, Ini Sebabnya Ramai Tidak Tahu

Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits

Terjemahan : Jebat

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

“Apabila kalian mendengar ayam berkokok, mintalah kurnia Allah (berdoalah), kerana dia melihat malaikat. Dan apabila kalian mendengar ringkikan keledai, mintalah perlindungan kepada Allah dari sy4it4n, kerana dia melihat sy4it4n.” (HR. Bukhari 3303 dan Muslim 2729).

Dalam riwayat Ahmad, terdapat keterangan tambahan, ’di malam hari’,

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ مِنَ اللَّيْلِ، فَإِنَّمَا رَأَتْ مَلَكًا، فَسَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ

Apabila kalian mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya dia melihat Malaikat. Kerana itu, mintalah kepada Allah kurnia-Nya. (HR. Ahmad 8064 dan disahihkan Syu4ib al-Arnauth).

Keistimewaan Ayam Jantan

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan bunyi kokok ayam jantan di waktu malam, sebagai penanda kebaikan, dengan datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa. Ini sebahagian dari keistimewaan ayam.

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan,

وللديك خصيصة ليست لغيره من معرفة الوقت الليلي فإنه يقسط أصواته فيها تقسيطا لا يكاد يتفاوت ويوالي صياحه قبل الفجر وبعده لا يكاد يخطئ سواء أطال الليل أم قصر ومن ثم أفتى بعض الشافعية باعتماد الديك المجرب في الوقت

Ayam jantan memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu mengetahui perubahan waktu di malam hari. Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan sesudah subuh, hampir tidak pernah terlambat. Baik malamnya panjang atau pendek. Kerana itulah, sebagian syafiiyah memfatwakan untuk melihat kepada ayam jantan yang sudah terbukti, dalam menentukan waktu. (Fathul Bari, 6/353).

Mengambil Pelajaran dari Ayam Jantan

Al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan dari ad-Dawudi,

قال الداودي يتعلم من الديك خمس خصال حسن الصوت والقيام في السحر والغيرة والسخاء وكثرة الجماع

Ad-Dawudi mengatakan, kita boleh belajar dari ayam jantan dalam 5 perkara: suaranya yang bagus, bangun di waktu sahur, sifat cemburu, dermawan (suka memberi), dan sering jim4k. (Fathul Bari, 6/353).

Mengapa Dianjurkan Berdoa?

Kita dianjurkan berdoa ketika mendengar ayam berkokok, kerana dia melihat Malaikat. Kerana kehadiran makhluk baik ini, kita berharap doa kita dikabulkan.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukil keterangan Iyadh,

قال عياض كان السبب فيه رجاء تأمين الملائكة على دعائه واستغفارهم له وشهادتهم له بالإخلاص

Iyadh mengatakan, alasan kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. (Fathul Bari, 6/353).

Tidak Boleh Mencel4 Ayam Jantan

Dalam hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَا تَسُبُّوا الدِّيكَ فَإِنَّهُ يُوقِظُ لِلصَّلَاةِ

Janganlah mencel4 ayam jantan, kerana dia membangunkan (orang) untuk solat. (HR. Ahmad 21679, Abu Daud 5101, Ibn Hibban 5731 dan disahihkan Syu4ib al-Arnauth).

al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan al-Halimi,

قال الحليمي يؤخذ منه أن كل من استفيد منه الخير لا ينبغي أن يسب ولا أن يستهان به بل يكرم ويحسن إليه قال وليس معنى قوله فإنه يدعو إلى الصلاة أن يقول بصوته حقيقة صلوا أو حانت الصلاة بل معناه أن العادة جرت بأنه يصرخ عند طلوع الفجر وعند الزوال فطرة فطره الله عليها

Al-Halimi mengatakan,

Disimpulkan dari hadis ini bahawa semua yang boleh memberikan manfaat kebaikan, tidak selayaknya dicel4 dan dih1na. Sebaliknya, dia dimuliakan dan dianggap satu kebaikan. Sabda baginda, ‘ayam mengingatkan (orang) untuk solat’ bukan maksudnya dia bersuara, ‘solat..solat..’ atau ‘waktunya solat…’ namun maknanya bahawa kebiasaan ayam berkokok ketika terbit fajar dan ketika tergelincir matahari. Fitrah yang Allah berikan kepadanya. (Fathul Bari, 6/353).

Allahu a’lam.