Misteri Al-Naslaa, Batu Besar Di Madinah Seperti Dibelah Pedang

Info Sejarah: Misteri Al-Naslaa, Batu Besar Di Madinah Seperti Dibelah Pedang | Sudah pernah dengar nama Al-Naslaa di Madinah, Arab Saudi?

Inilah batu raksasa di tengah Padang Pasir Tayma, yang berselimut misteri. Lihatlah, batunya terbelah dua bagai ditebas pedang!

Padang Pasir Tayma lokasinya ada di barat laut Arab Saudi, atau di pertengahan antara Kota Madinah dan dumah. Bandar paling dekat adalah Tabouk yang berjarak 264 km dari padang pasirnya.

Panoramanya sama seperti padang pasir lain di Timur Tengah, yang gersang tanpa ada kehidupan manusia. Namun ternyata, Padang Pasir Tayma mempunyai suatu misteri yang belum dapat diselesaikan bernama Al Naslaa.

Batuan unik terdapat di padang pasir Tayma, Arab Saudi. Al našla, begitu formasi batu berukuran raksasa itu disebut.

Terdapat dua batu dalam formasi ini. Di mana di antara dua batu tersebut terdapat celah yang seolah teriris sempurna di bahagian tengah. Sementara, permukaan salah satu sisi batu itu sangat rata.

Malah, kedua-dua batu yang terbelah itu masing-masing mempunyai penyangga berupa batu kecil di bahagian bawahnya.

Suatu formasi batu yang mampu membuat ahli arkeologi geleng-geleng kepala dan dianggap sebagai misteri.

Hingga kini, belum ada teori memuaskan mengenai Al Naslaa. Ada yang beranggapan, kalau itu hanyalah hasil hakisan batu kerana kandungan mineral yang terdapat di bahagian yang terbelah lebih sedikit.

Tapi tetap saja, ahli arkeologi bertanya-tanya, bagaimana boleh lurus serta belahan pada batunya? Boleh bertahan sampai bila-bila batunya sebelum jatuh?

Sekian terima kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat unmtuk anda semua.

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT