Mereka Yang Berjunµb Disunatkan Untuk Berwuduk Sebelum Makan & Minum – Ini Penjelasan Dari Mufti

Kerap kali juga kita dengar orang di sekeliling mengatakan, orang sedang berjµnub ada pantang larang tertentu. Bukan sahaja bab melibatkan ibadah, tetapi juga perkara lain.

Antara yang kita selalu dengar adalah tidak boleh melakukan pekerjaan lain sebelum mandi junµb. Begitu juga jika ingin menjamu selera. Tidak boleh makan dalam keadaan berjunµb dan seumpamanya.

Ada pula pandangan orang menyatakan tiada masalah untuk mereka yang dalam keadaan berh4das besar itu makan, tetapi dia perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

Apakah pandangan Islam dalam hal ini? Wajib mandi junµb terlebih dahulu sebelum makan dan minum atau cukup sekadar berwuduk sahaja untuk menjamah makanan?

Dalam hal ini, ada satu hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Keberkatan makanan itu adalah dengan berwuduk sebelumnya dan berwuduk selepasnya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Ketika mensyarahkan hadis berkenaan, al-Mubarakfuri menyatakan antara hikmahnya adalah: “Sesungguhnya makan selepas membasuh kedua-dua tangan menjadikan ia lebih selamat dan enak (makanan tersebut), kerana tangan tidak dapat lari daripada tercem4r atau kot0r disebabkan oleh aktiviti (seharian kita), maka membasuhnya adalah (merupakan perbuatan) lebih dekat (terjamin) kepada kebersihan dan kesucian.

“Juga kerana tujuan makan adalah untuk memudahkan kita beribadah (ada kekuatan). Maka, perkara tersebut sesuai, lebih-lebih lagi ia selari dengan perbuatan bersuci bagi menunaikan solat (berwuduk) yang mana dimulai dengan membasuh kedua-dua tangan. Manakala makna kedua bagi berwuduk di sini ialah membasuh kedua-dua tangan dan mulut daripada lemak-lemak (daging yang melekat).” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 5/470)

Dari hujah berkenaan, maka mereka yang berjunµb disunatkan untuk berwuduk sebelum makan dan minum.

Di sisi Mazhab Syafi’iyyah, membasuh tangan sebelum makan bagi orang yang berjunµb, hukµmnya adalah sunat. Malah, ia juga merupakan pandangan dalam Mazhab Hanafiyah dan Hanabilah. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/270).

Mereka berhujah dengan riwayat daripada Aisyah RA:

“Bahawa Rasulullah SAW sekiranya dalam keadaan berjunµb. Kemudian, baginda mahu makan atau tidur, baginda akan berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wuduknya bagi menunaikan solat.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Menurut Al-Khatib al-Syirbini: “Diqiaskan orang yang berjunµb dengan perempuan yang h4id dan nif4s sekiranya telah berhenti dar4hnya. Juga diqiaskan dengan perbuatan makan dan minum. Hikmah akan perkara tersebut adalah bagi meringankan had4snya dan kebersihan.

“Sekiranya dia melakukan semua perkara tersebut (seperti makan, minum dan tidur) dalam keadaan berjunµb, hukumnya adalah makruh. Dan wuduk yang dimaksudkan di sini ialah wuduk syar’ie (sebagaimana hendak solat) dan bukannya lughawi (membasuh tangan). (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/195)

Syeikh Abdul Aziz al-Rajihi menyebutkan bahawa hadis ini menunjukkan keluasan dalam perkara tersebut.

Dalam hadis yang lain menyatakan, sekiranya Nabi Muhammad SAW mahu makan, baginda akan berwuduk terlebih dahulu. Sedangkan dalam hadis itu menunjukkan baginda hanya membasuh kedua-dua tangannya.

Oleh yang demikian, perbuatan membasuh tangan itu hukµmnya adalah harus. Namun begitu, jika seseorang itu dapat berwuduk. maka ia adalah lebih afdal dan tiada masalah sekiranya dia meningg4lkan wuduk tersebut.

Begitupun, sekiranya orang yang berjµnub tadi mahu tidur, dia hendaklah berwuduk sebagaimana wuduk untuk menunaikan solat.

Apa-apapun, jangan biarkan atau sesekali kita makan dan minum tanpa berwuduk atau membasuh tangan terlebih dahulu.

Ketahuilah, sebenarnya terselit hikmat di sebalik amalan berwuduk dan membasuh tangan itu.

Ini kerana, Imam al-Ghazali menyebut dalam Ihya’ ‘Ulum al-Deen menyatakan, tangan kita tidak dapat lari daripada tercemar atau kotor disebabkan oleh aktiviti seharian kita.

“Maka, membasuhnya adalah merupakan perbuatan yang lebih dekat (terjamin) kepada kebersihan dan kesucian,” kata ulama berkenaan.

Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.