Membaca Surah Al-Fatihah Sebelum Berdoa, Ini Penjelasannya
Soalan:
Selalu kita lihat para imam sembahyang sebelum berdoa mereka memulakan dengan membaca surah al-Fatihah. Adakah amalan ini dianjurkan?
Dan setengah orang berkata dengan berkat membaca Fathah kita boleh berdoa meminta apa sahaja. Benarkah dakwaan tersebut?
Jawapan:
Untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini berikut disertakan dua buah hadith yang memadai bagi yang bertanya dan orang yang memerlukan jawapan berkenaannya:
Telah diriwayatkan dari Ubay bin Kaab r.a. katanya :
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فِي التَّوْرَاةِ وَلَا فِي الْإِنْجِيلِ مِثْلَ أُمِّ الْقُرْآنِ وَهِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَهِيَ مَقْسُومَةٌ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ
Nabi saw telah bersabda: “Tidaklah diturunkan oleh Allah pada Taurat dan tidak juga pada Injil sebanding Ummul Qur’an (yakni surah Al-Fatihah). Dia adalah As-Sab’ul Matsaaniy (tujuh ayat yang diulang-ulang) dan dia terbahagi di antara Aku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang diminta.” (Hadith Tirmidzi & Nasaai)
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ
{ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ }
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِي عَبْدِي وَإِذَا قَالَ
{ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ }
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي وَإِذَا قَالَ
{ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ }
قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي فَإِذَا قَالَ
{ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ }
قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ
{ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }
قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ
Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku membahagikan solat antara Aku dan hamba-Ku separuh bahagian dan dapat bagi hamba-Ku apa yang dimintanya.
Maka jika hamba berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin.” Allah Taala berfirman: “Hamba-Ku memuji-Ku.”
Bila hamba berkata: “Ar-rahmanirrahim”, maka Allah Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku telah memuji-Ku.”
Bila hamba berkata: “Maaliki yaumiddiin”, Allah Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku telah memuliakan-Ku dan hamba-Ku berserah diri kepada-Ku.”
Bila hamba berkata: “Iyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin”, maka Allah Ta’ala berfirman: “Ini antara Aku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang telah diminta.”
Bila hamba berkata: “Ihdinash shiraathal mustaqiim, shiraathal ladziina an’amta ‘alaihim ghairil maghdhuubi ‘alaihim wa ladhdhaalliin”, maka Allah berfirman: “Ini untuk hamba-Ku dan dapat bagi hamba-Ku apa yang telah diminta.” (Hadith Muslim) Wallahua’lam.
Sumber : Oh Media