Lepas 3 Bulan Amal Selawat Tafrijiyah, Pasangan Suami Isteri Ini Makin Murah Rezeki & Kurang Bergaduh

Hidup berumah tangga ini pasti banyak dugaannya. Segala rintangan yang datang adalah sebagaian ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana keimanan seseorang.

Kredit Foto: Pinterest

Bagi mengelakkan berlaku perselishan hingga boleh membawa pergaduhan, kita digalakkan untuk mengamalkan beberapa zikir atau selawat mulia.

Seperti perkongsian di laman sosial Facebook, dia memberitahu selawat yang diamalkan bersama suaminya selama 3 bulan ini.

Menurutnya setelah mengamalkannya, banyak perkara telah berubah. Sedikit demi sedikit hidup mereka menjadi semakin baik, dimurahkan rezeki, tidak bergaduh dan hidup dalam suasana tenang.

My husband and I amalkan Selawat Tafrijiyyah ni hampir 3 bulan. Banyak benda berubah. Sikit sikit, hidup kami makin baik, dimurahkan rezki, tak berg4duh, tenang.

Payah nak explain, tapi bila kesempitan datang, and baca selawat ni, in shaa Allah rasa smooth je lepastu.

Sekian Terima Kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu