Lelaki Ini Miliki Al-Quran Terkecil Di Dunia, Habiskan Bacaan Surah Al-Baqarah Gµna Mikroskop

Setiap orang mempunyai kecenderµngan dan minat yang berbeza. Itulah istimewanya hamba ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini.

Sebilangan orang yang gemar menggali ilmu sehingga berkelana serata dunia, segelintirnya pula minat melancong, bersukan, berkebun dan sebagainya.

Tidak seperti hobi kebanyakan orang, seorang lelaki warga Jordan, Ibrahim Ahmed Nawar pula gemar mengumpul barang-barang lama.

Minatnya yang mendalam terhadap artifak sebegitu mendorongnya untuk membuka muzium sendiri yang dinamakan sebagai Permanent Folk Heritage Museum (Muzium Warisan Rakyat Kekal) di Al-Salt, barat ibu negara Amman di Jordan.

Muzium tersebut antara lain menyimpan lebih daripada 25,000 karya seni yang berharga. Kebanyakannya bermula pada awal abad ke-20 sebagaimana dilaporkan portal iqna.ir.

Antara barangan antik yang dikumpulnya, ada sesuatu yang begitu istimewa. Di lubµk hatinya yang paling dalam, Ibrahim begitu mencintai ‘harta’ yang satu ini.

Dari sebuah kotak kecil yang kelihatan agak µsang, lelaki berusia 62 tahun itu mengeluarkan sebuah kitab kecil. Rupanya ia adalah sebuah mushaf al-Quran kecil yang dilitupi kulit berwarna hijau.

Saiznya begitu comel sekali jika dilihat pada mata kasar. Difahamkan, kitab suci itu berukuran kurang daripada 2 sentimeter (cm) panjang.

Kepada wartawan Anadolu Agency, Ibrahim membuka cerita bahawa salinan bercetak al-Quran itu adalah yang terkecil di dunia.

“Menurut apa yang dikatakan oleh pakar yang pernah melawat saya, lebar al-Quran ini adalah 1.5cm dan panjangnya pula 2.5cm.

“Mereka berkata, salinan cetakan al-Quran terkecil di dunia ialah 1.75×2.5cm, tetapi salinan ini (yang ada pada saya) kurang daripada itu. Jadi (al-Quran) ini adalah yang terkecil,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal tellerreport.com.

Menariknya, pada al-Quran kecil itu tidak mengandµngi sebarang tarikh cetakan keseluruhan surah dengan indeksnya. Ia menggunakan helaian kertas nipis, lengkap dengan halaman bernombor.

Malah, tiada seorang pun dapat membacanya kecuali dengan menggunakan mikroskop.

Ujar Ibrahim, mushaf kecil yang mengandµngi ayat-ayat suci al-Quran itu diperolehnya daripada seorang penduduk Al-Salt, lebih 40 tahun lalu iaitu sekitar tahun 1980-an.

“Ketika itu, individu berkenaan berusia 75 tahun dan dia masih hidup hari ini, malah beliau terkenal sebagai salah seorang arkitek bandar itu.

“Apabila individu itu memberikan saya naskhah al-Quran ini, dia memberitahu bahawa dia mewarisinya daripada bapanya,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, banyak artikel tentang al-Quran tersebut telah ditulis pada abad-abad sebelum ini. Malah, terdapat pakar yang menjangkakan bahawa kalam Allah itu berusia lebih 100 tahun dan cetakannya bermula pada dekad pertama abad ke-20.

“Bukan itu sahaja, mereka yang mengetahui tentang sejarah kertas telah mengesahkan bahawa kertas yang digunakan berkualiti tinggi serta tepat dalam pembuatan dan percetakan.

“Difahamkan, juruteknik tidak boleh menghasilkan dengan ketepatan sebegini melainkan mereka ialah orang Turki atau Iran. Akan tetapi, mereka lebih suka orang Turki kerana al-Quran dicetak dalam bahasa Arab,” katanya.

Meskipun suka menyimpan khazanah berharga, namun Ibrahim tidak pernah membiarkan al-Quran yang jarang-jarang ditemui begitu sahaja. Beliau tetap memuliakan kitabullah itu dan membacanya.

“Alhamdulillah, saya dapat membaca Surah al-Baqarah menggunakan mikroskop selama 10 hari disebabkan tulisan yang kecil, selain memerlukan tahap fokµs yang tinggi.

“Selain itu, saya akan membaca Surah al-Kahfi menggunakan al-Quran ini pada hari Jumaat,” ceritanya mengakhiri bicara.

Sumber Alj4zeera

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.