Kenali Qarin Yang Menjadi Pendamp̷ing Kita Agar Kita Tidak Terped̷aya.
Kenali Qarin Yang Menjadi Pendamping Kita Agar Kita Tidak Terpedaya.
Dalam kehidupan sebagai manusia, kita sering kali akan merasakan seolah-olah ada sesuatu yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu tindakan. Samada dalam melakukan sesuatu kebaikan atau kebvrukan, akan ada bisikan yang mendorong ataupun menghalang tindakan kita.
Apakah sebenarnya bisikan tersebut? Ramai manusia tidak mengetahui bahawa sebenarnya setiap orang mempunyai qarin yang menjadi pendampingnya. Qarinlah yang memainkan peranan untuk membisikkan sesuatu terutamanya yang menjerumus kepada kej4hatan.
Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud r0h-r0h j4hat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang meng1ringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk mengg0da manusia, menampakkan hal-hal yang bvruk, dan yang j4hat-j4hat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia.
Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara mengg0da, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.
Dalam surah al-An’am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musvh dari jenis manusia dan j1n, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu“
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya: “Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada j1n dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat”. Sahabat bertanya: “Adakah engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan”.
Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelih4ra al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner4ka.
Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-Qu’ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dvkacita mereka. Dalam peper4ngan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang bvruk oleh sy4it4n, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan r0h manusia jua.
Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau sy4it4n yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.
Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang d1riwayatkan oleh Termizi, an-Nasa’i,
Maksudnya; “Sesungguhnya dari sy4it4n ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan sy4it4n ialah menjanjikan kej4hatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran.
Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari sy4it4n yang direjam. “
Kemudian ia membaca: sy4it4n menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.
Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.
Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq: Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (sy4it4n) terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya lakukan.
Baginda bertanya: Apakah yangterjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah sy4it4nmu telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah sy4it4n bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah.
Jawab Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelih4ra akan daku hingga aku selamat daripda tipu dayanya. “Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan) melainkan dikembari Allah seorang j1n sebagai kawan.”
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah sy4it4n yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (1bl1s dan sy4it4n) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.
Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan sy4it4n itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah 1bl1s dan sy4it4n itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya.
Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu bvruk dan yang bvruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran g0daan 1bl1s dan sy4it4n terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, 1bl1s akan mengg0da dan menipu manusia. sy4it4n akan bertanya adakah mereka hendak men1ngg4lkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi.
Ketika manusia hendak berhijrah, 1bl1s dan sy4it4n bertanya, adakah mereka sanggup men1ngg4lkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan men1ngg4lkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.
Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. 1bl1s dan sy4it4n menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka m4ti ketika berjihad.
Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikm4ti harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.
Sesungguhnya sy4it4n itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: “Apakah kamu masuk Islam, dan men1ngg4lkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menentangnya dan masuk Islam.
Lalu sy4it4n itu duduk menganggu manusia dengan jalan hijrah “. sy4it4n berkata: “Apakah kamu hendak hijrah, men1ngg4lkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan berhijrah. Kemudian sy4it4n itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata:
Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbvnvh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagibahagikan. Tetapi manusia tetap menentang sy4it4n dan terus berjihad.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau denan sy4it4n lain. Hanya manusia yang leka dan ses4t sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya.
Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan 1bl1s dan sy4it4n. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika 1bl1s bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42, maksudnya.
Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang ses4t. Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w.
Ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh sy4it4n kecuali Isa ‘alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36, maksudnya; “Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada sy4it4n yang direjam. “
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga k1ri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan 1bl1s dan sy4it4n.
Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata: Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.a. melahirkannya.
Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga k1rinya, nescaya ummu sibyan (j1n yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:
Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya sy4it4n-sy4it4n itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka,
Selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67; “Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang mendengar. “
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kej4hatan bvruk boleh terjadi tanpa diduga. Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang d1ri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda, maksudnya: “Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersend1rian biarpun satu malam buat selamalamanya. “
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan sy4it4n. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, sy4it4n atau j1n yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. j1n yang terd1ri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada r0h. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan j1n 9% manakala malaikat ialah 90%.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi, maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan j1n juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, j1n dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan j1n dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia. “
Demikianlah serba sedikit penerangan berkaitan dengan qarin. Setiap orang seharusnya mengambil pengajaran daripada hadis-hadis Nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan berkaitan dengan qarin.