KEISTIMEWAAN DAN MANFAAT 2 AYAT DARI SURAH YUSUF AYAT TAHA

0

SUBHANALLAH..!! INILAH KEISTIMEWAAN DAN MANFAAT 2 AYAT DARI SURAH YUSUF DAN AYAT TAHA YANG HARUS ANDA TAHU | [=] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,semoga anda sentiasa sihat dilindungi malaikat.

[=] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[=] Sahabat yang di rahmati Allah,

[=] Keistimewaan dan manfaat 2 ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah سبحانه وتعالى kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfaat dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

[=] Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan yang diajukan, sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya ana ingin berkongsi kepada antum semua dua ayat yang amat bermanfaat.

Loading...

[=] CARANYA ADALAH #Pertama: Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf yang berikut:

#Kedua: Kemudian sambung pula membaca surah Taha, ayat 39:

[=] Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua-dua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.

[=] Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang berlaku itu adalah atas kehendak-Nya jua.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan Share jika bermanfaat untuk anda semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More