Kehidupan Di Dunia Ini Hanyalah Ujian Dan Penjara Bagi Orang Beriman
Kehidupan Di Dunia Ini Hanyalah Ujian Dan Penjara Bagi Orang Beriman. Apakah Maksudnya? Ini Jawapannya | Dunia ini Hanyalah penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?
عن أبى هريرة قال قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- «الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر»Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim no. 2392)
Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, “Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan.
Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.
Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi. “Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan,
“Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga. ”
Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat