Jom Sama-Sama Kita Kenali Ustaz Auni Mohamed, Penceramah Bebas Yang Digelar Oleh Netizen Sebagai ‘Zakir Naik Malaysia’

“Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamadunan Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemas0n, The Da Vinci C0de, fitnah akhir zaman, kemunculan dajj4l, Y4kjuj dan M4kjuj serta D4ish dan Syi4h.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.

Selain itu, ada beranggapan Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Lebih mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” katanya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai pendidikan katanya, beliau belajar di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa gemilangnya Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Auni, dia begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri. “Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Auni berkata, dia bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Ditanya kebolehannya berceramah tanpa membaca kitab selain memberikan fakta yang unik, Ustaz Auni berkata dia mempelajari kaedah mengingat daripada gurunya.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Katanya, dia bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount 0f Ophir di Nusantara,” katanya.

Sumber Harian Metro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.