Jin & Syaitan Dapat Melihat Aµrat Manusia – Hindarkan Dengan Iringan Bacaan Ini Dalam Setiap Perbuatan

Sya1tan dan keturunannya mempunyai kemampuan untuk melihat manusia namun sebaliknya manusia tidak boleh melihat sya1tan dan j1n. Timbul persoalan adakah golongan j1n dan syaitan dapat melihat aurat manusia?

Jika ya, bagaimana pula cara untuk menghindari perkara berikut?. Ikuti penjelasannya agar kita lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan.

Soalan :

Assalamualaikum w.b.t. Benarkah j1n dan sya1tan boleh melihat aurat kita? Mohon pencerahan.

Jawapan :

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Bagi menjawab persoalan ini, kami datangkan firman Allah SWT:

إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sya1tan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan sya1tan-sya1tan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sya1tan itu serta keturunan dan bangsanya dapat melihat manusia, sedangkan manusia tidak boleh atau mampu untuk melihat mereka. Oleh itu, jaga-jaga dan berhati-hatilah dengan mereka itu. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan sya1tan-sya1tan itu penolong (pembela) bagi orang-orang k4fir yang tidak mengesakan Allah dan tidak membenarkan rasul-rasulNya serta tidak mengamalkan petunjukNya yang telah dibawa oleh para rasul-Nya.

Oleh itu, berdasarkan kepada keumuman ayat tersebut, menunjukkan bahawa sya1tan dan j1n boleh melihat kita sekalipun kita tidak boleh melihat mereka. Ertinya mereka boleh melihat kita dalam semua keadaan, sama ada kita sedang memakai pakaian atau menanggalkannya. Begitu juga, ketika kita sedang menunaikan hajat di dalam tandas, sedang mandi, makan dan lain-lain.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan riwayat daripada Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

سِتْرُ مَا بَيْنَ أَعْيُنِ الْجِنِّ، وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا وَضَعُوا ثِيَابَهُمْ أَنْ يَقُولُوا : بِسْمِ اللَّهِ

Maksudnya: “Penghalang yakni hijab antara pandangan mata jin dan aurat Bani Adam ketika membuka pakaian adalah membaca bismillah.”

Begitu juga, terdapat riwayat lain daripada Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda:

سِتْرُ مَا بَيْنَ الْجِنِّ وَعَوْرَاتِ بَنِي آدَمَ إِذَا دَخَلَ الْكَنِيفَ أَنْ يَقُولَ: بِسْمِ اللَّهِ

Maksudnya: “Penghalang yakni hijab antara pandangan mata j1n dan aurat Bani Adam, ketika memasuki kanif yakni tempat buang air adalah membaca bismillah.”

Justeru, dapat difahami daripada dua riwayat di atas bahawa jin dan syaitan ada kemampuan untuk melihat aurat anak Adam. Oleh sebab itu, kita diperintahkan untuk membaca basmalah atau “بِسْمِ اللَّهِ” serta berdoa memohon perlindungan Allah SWT bagi mencegah mereka daripada melihat aurat kita, kerana jika tidak sudah tentu kita tidak diperintahkan untuk membaca basmalah bagi tujuan berlindung daripada pandangan mata mereka. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita terpaksa membukanya demi suatu keperluan seperti menyalin pakaian, membµang air besar atau kecil, berj1mak dan lain-lain.

Kesimpulannya.

Berdasarkan kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat bahawa j1n dan sya1tan mampu untuk melihat aurat manusia. Akan tetapi perkara tersebut tertakluk dengan izin Allah SWT. Oleh sebab itu, jika Allah tidak mengizinkannya, maka mereka sama sekali tidak akan dapat melihat aurat anak Adam.

Atas dasar itu jugalah, Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita doa-doa dan memerintahkan kita agar sentiasa mengiringi setiap tindak-tanduk dan perbuatan kita dengan doa dan bacaan basmalah. Hal ini kerana bacaan basmalah itu ibarat segel (kunci) bagi anak Adam yang mana j1n dan sya1tan tidak akan mampu untuk membukanya.

Selain itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini menasihatkan semua agar sedaya upaya mengelakkan diri daripada mendedahkan aurat tanpa keperluan sekalipun kita bersendirian. Seterusnya, ingatlah sebagai seorang Muslim, kita merupakan hamba Allah SWT dalam setiap keadaan.

Allah SWT sentiasa mengawasi kita dan hanya kepada-Nya sahajalah kita memohon pertolongan. Inilah antara bukti kesempurnaan syariat agama ini, yang merangkumi adab-adab yang sepatutnya setiap orang Islam mempelajarinya dan menjaganya yakni beramal dengannya merangkumi setiap aktiviti siang malam.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama.

Wallahua‘lam.

Sumber Maktabah Al Bakri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.