Jika Masih Belµm Dikµrniakan Jodoh – Cuba Amalkan 4 Doa Ini

Ramai di antara pengguna media sosi4l kini menggunakan platform ini untuk berkongsi kehidupan peribadi.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang berkongsi gambar menerusi ciapan tentang perihal mereka menµkar statµsnya daripada bujang sehinggalah berkahwin.

Menerusi perkongsian sebegitu, ramai juga yang berharap agar dikurniakan jodoh.

Berbicara soal jodoh, ia bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat sebagai mainan kerana ia melibatkan kehidupan masa depan yang bakal ditempµhi bersama pasangan.

Ya benar, golongan yang masih bujang ini bukannya tidak mahu berkahwin tetapi masih belum ada jodoh yang sesuai.

Buat mereka yang masih belum dikurniakan jodoh, jangan risaµ kerana Allah SWT itu sebaik-baik perancang.

Oleh itu, cuba amalkan empat doa ini agar dikurniakan jodoh yang baik.

1. Doa supaya dikurniakan jodoh yang menenangkan hati:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai tenteramkan hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

2. Doa supaya hidup tidak bersendirian:

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Dzat Maha Waris Paling Baik.”

3. Doa untuk seorang lelaki yang menginginkan isteri yang solehah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

4. Doa untuk seorang wanita yang ingin dikurniakan suami yang terbaik

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Yang bermaksud:

“Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Jodoh merupakan cerminan diri maka, sentiasa berusaha perbaiki diri dan berdoa agar Allah SWT mengurniakan jodoh yang terbaik buat hambaNya

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.