Isteri Mengeluh Penat Masak Untuk Suami Setiap Hari

Isteri Mengeluh Penat Masak Untuk Suami Setiap Hari. Jawapan Suami Buat Isteri Sebak Dan Mengalirkan Air Mata, Allahuu

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun tidak selalu indah itu datang,kadang-kala dugaan dan cabaran juga pasti menjengah sesebuah keluarga untuk menguji tahap kesetiaan dan pengorbanan pasangan.

Apabila lafaz ‘aku terima nikahnya’ diucapkan,maka bermulalah tanggungjawab si suami dan isteri .Pengorbanan dan kerjasama antara pasangan didalam melayari bahtera rumah tangga amat penting.

Sekirannya pasangan saling toleransi dan saling percaya mempercayai,insya Allah rumah tangga pasti dapat mengecapi kebahagiaan yang di idam-idamkan.

Perkongsian kisah kali ini adalah daripada saudara Auzlien Sham.Beliau hairan mengapa setiap kali pulang daripada kerja,selalu lapar. Tak sangka jawapan suaminnya menyentuh hati dan perasaan seorang isteri. Berikut kisah selanjutnya.

Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak…

Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng.

Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya…

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya…

”Hmm… Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni…”

”Ya sayang… Apa dia? Tanyalah… ” jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

”Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke…?? ” soalku lembut.

”Ermm tak. Kenapa sayang??? ” pendek dan ringkas jawapan dia.

”Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang…

”Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat… saya kadang-kadang stress…”

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis…

”Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak…”

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali…

”Hmm… Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari…”

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu ‘rahsia’ tersebut.

”Pertamanya ialah kerana… Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang… ”

Allah… aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa… dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi…

”Kedua… kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni…”

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami…

”Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una ‘hadiah’ ketika mana abang pulang di waktu petang…”

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku…

”Takpe… Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In sya Allah, abang masak sendiri k. Dah… jangan nangis…” Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan ‘berpuasa’ tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah… Ampuni aku dan rahmatilah suamiku…

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri…

Untuk para isteri terutama surirumah sepenuh masa… bersyukurlah Wallahu A’lam..

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah.Dia banyak MENGALAH dari umur yang sangat muda.

Dia membelanjakansemua duit,untuk beli HADIAH,untuk yang dia CINTA, hanya untuk melihatdia TERSENYUM..

Dia KORBANKAN masa,Bujangnya hanya untuk seorang WANITA….Dia KORBANKAN masa mudanya demi isteri dan anak2nya dengan bekerja sampai malam TANPA MENGELUH.

Dia bina MASA DEPAN mereka Sekeluarga dengan hutang dan membayar hutang sampai stress..

Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi Isteri dan BOSS. Kehidupan Dia
berakhir hanya untuk MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain

Kalau dia keluar rumah,kata org dia MERAYAU… Kalau dia tinggal dirumah,kata org dia MALAS…. Kalau dia marahi anak2,kata org dia GALAK… Kalau dia tak marah, kata Org dia laki-laki yang TAK TEGAS… Kalau dia tak bolehkan isteri bekerja, kata org dia Seorang yang MENGONGKONG…

kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata org dia MAKAN gaji isteri. Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAMI.Kalau dia dengar kata isteri,kata org dia GTBI (Geng Takut Bini)

Kalau dia banyak MENOLONG wanita yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG…
Kalau tak mahu tolong wanita lain, katanya KEJAM..Tapi di tengah terpaan segala macam tuduhan,dia tetap TEGAR…. KUAT

Dialah LAKI-LAKI…. HARGAILAH setiap LAKI-LAKI dalam hidup anda.
Anda tidak akan pernah tahu apa PENGORBANAN yang sudah dilakukan buat Anda.

Boleh dikirim ke semua LAKI-LAKI supaya mereka TERSENYUM dan kepada semua wanita supaya mereka SEDAR bahawa
LAKI-LAKI itu amat BERHARGA…. walau seburuk apapun suami mu

Sumber: Auzlien Sham

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat