Insan Yang Berdosa, Allah Tidak Akan Mensia-siakan Hambanya

Insan Yang Berdosa, Allah Tidak Akan Mensia-siakan Hambanya, Ini Penjelasannya | Selamat datang ke laman Lakar Media. Lakar Media akan berkongsi pelbagai kisah tauladan, motivasi,

Islamik serta berkaitan teknologi yang mana akan memberi pengetahuan serta kesan mendalam buat para pembaca. Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Bila kita mengecewakan dan melukakan seseorang, kita takut untuk berhadapan dengannya. Kita lari sejauh mungkin. Kita bagai mahu ulang semula, dan jalani hidup tanpa mengecewakan, tanpa melukakan.

Dalam hati meronta ingin memohon maaf dengan kesilapan yang kita lakukan, tapi kita takut. Takut untuk tidak diterima lagi. Takut keadaan tak seperti dulu lagi.

Bertaubat, Biarkan aku jatuh cinta pada-Mu berkali-kali. [Dainusantara]

Fitrah manusia, kita malu untuk berhadapan apabila melakukan kesilapan.

“Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” QS.Az-Zumar: 53

Begitu juga halnya apabila kita melakukan dosa terhadap Allah. Kita malu, kita takut, kita bimbang, kita rasa Allah tak nak terima kita lagi. Kita rasa pelbagai.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman:

“Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam,

Jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”. Hadis riwayat at-Tirmidzi

Teladani Sikap Anak Kecil

Tertanya, bagaimana mahu kita katakan dosa kita lebih besar hingga kita takut dan malu untuk sujud padaNya sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah itu lebih besar daripada dosa-dosa kita?

Allah kasihkan kita, Allah sayangkan kita. Mungkin esok kita akan pergi. Sempatkah kita kembali padaNya dalam keadaan sebenar-benar menyesali dosa-dosa kita?

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau berpuas hati (redha) dan tenang (diredhainya).”
Al Fajr, 27-28

Contohi anak kecil, pelbagai kesilapan dibuatnya; ditumpahkan air, dicontengnya dinding, dipecahkan pinggan mangkuk. Kita sebagai ibu, adakalanya kita marah kerana kita kurang sabar atau mungkin kita letih.

Tapi hakikatnya kita sayang. Dan apa reaksi anak kecil bila kita memarahinya? Tetap datang pada kita walau dalam keadaan tangisan bersalah.

Jika seorang ibu boleh bersabar, apakah kamu tidak merasakan Allah lebih sabar dengan kita?

Jika seorang ibu kasihkan anaknya, apakah kamu tidak merasakan Pencipta ibu itu sendiri lebih bersifat mengasihi?

Wahai diri yang berdosa,

Apabila kita melakukan kesilapan, ingatlah Allah. Bergesalah kita memohon ampun dariNya apabila tersedar melakukan silap. Kita manusia, kita mudah terlnjur dalam membuat kesilapan.

Buang rasa malu, sujud padanya dan pohon keampunan. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun.

Ulangi proses ini hingga akhir hayat kita. Jangan biar bisikan iblis terus menjauhkan kita dengan Allah. Moga taqwa milik kita.

Jika kamu mecari Dia, Dia takkan sia-siakan pencarianmu. Yakinlah, percayalah.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Semoga lakar media mampu berkongsi lebih banyak info yang berguna buat para pembaca. Sekian terima kasih

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat