Ini Rup̷anya Punc̷a Kenapa Boleh Ada Lip̷an Dalam Rumah?.. Ketahui Punc̷anya.. Ramai Yang Tak Tahu

Semua orang kalau sebut ada lipan dalam rumah mesti cuakkan? Lagi-lagi lipan bara. Tengok pun dah meremang bro! Tak kIsahlah samaada kecik atau besar, Kalau nampak je mesti tak fikir panjang terus bunuh kan?

Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia .Tapi di ingatkan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas yang disengat lipan, segeralah bertemu doktor.

Dengan berbekalkan ‘Forcipules’ ; dua kaki depan yang bentuknya seakan penyepit, lipan akan menyuntik bisanya ke badan mangsa sekiranya rasa terancam. Tapi kalau admin lah. Kalau tahu ada lipan dalam rumah ,admin rasa admin lagi terancam!

Berbalik pada topik kita , kenapa boleh ada lipan dalam rumah?

Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah. Jangan terkejut ! So kalau ada benda ni kat rumah korang, paham2 lah kenapa boleh ada lipankan?

Jadi apa kata kita ambil pendekatan terbaik , Elakkan kehadiran lipan dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.

Selamat mengemas dan Selamat menghalau lipan!

baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *