Info Menafaat : TataCara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa.

0

Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang berhak sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut.

Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT disamping usaha yang telah dibuat. Hajat tersebut boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.

Solat Sunat Hajat iaitu solat untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu yang boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing. Ia juga boleh dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.Lafaz niat solat Hajat seperti berikut :

Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan, Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Doa Solat Sunat Hajat, Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.

Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati dan selepas selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu :

Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati akan dikabulkan oleh Allah SWT. Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Learn More : Nasihat Ustaz

Leave A Reply

Your email address will not be published.