Info Menafaat : 7 Amalan Dekatkan diri Pada 10 Malam Lailatul Qadar

0

7 Perkara Tentang Malam Lailatul Qadar. Sedar tak sedar kita sudah berada dalam 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan. Apabila disebut 10 malam terakhir, maka salah satu perkara yang menjadi perhatian ramai adalah Malam 7 Likur atau Malam Lailatulqadar.

Sudah semestinya, pahala akan belipat kali ganda apabila amalan digandakan semasa berada dalam 10 malam terakhir ini. Jadi, apakah persediaan diri kita untuk menjemput malam Lailatulqadar?

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

1. Pastikan solat di awal waktu. Allah akan selesaikan segala masalah kita jika solat diawal waktu. Kita dahulukan Allah, pasti Allah akan membantu kita. Amal yang pertama akan dihisab adalah solat. Solat diawal waktu ini yg terbaik!

2. Hormati ibu dan bapa. Jangan sakiti mereka. Muliakan ibu bapa kita. Jika mereka ada kata perkara yg menyakiti kita, kita hanya sabar dan diam sahaja dan berdoa kpd Allah. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu dan bapa.

Loading...

3. Jihad fisabillah : Apakah antara amalan yang perlu dilakukan? Apakah pula doa yang perlu dibaca bila bertemu jodoh dengan Malam Lailatul Qadar?

1. Untuk mendapat Lailatuqadar hanya susah bagi orang yang ada kemunafiqan di dalam hatinya. Seorang Muslim mungkin pergi 3 hari pertama sahaja ke masjid. Tetapi bagi Mukmin akan sentiasa terus untuk mencari malam Lailatulqadar.

2. Kuatkan niat untuk mendapat malam Lailatulqadar dari awal Ramadhan. Sekarang ni perbaharui niat tersebut walaupun bagi wanita yang datang bulan.

3. Jaga perkara-perkara Sunnah. Solat sunat rawatib jangan tinggalkan, sentiasa senyum, Qiyamulail. Qiyamulail ini sebagai tanda kita syukur kpd Allah. Al-Quran sentiasa dibaca.

Hanya Al-Quran dapat menyelamatkan kita di kubur dan dan di Padang Masyhar. Bacalah surah Al-Mulk setiap hari. Zikir harian juga perlu dijaga. Lakukan ibadah yang fardhu untuk dekatkan diri kepada Allah dan ibadah Sunnah pula untuk mencari cinta Allah.

4. Banyakkan berdoa ketika bulan Ramadhan. Baca doa Lailatulqadar dan doa dari ayat akhir surah Al-Baqarah. Takdir yang buruk akan terhalang dengan doa. Apabila berdoa minta Allah sayangkan kita.

5. Gandakkan taubat dan istighfar supaya diberi keampunan oleh Allah s.w.t. 11 bulan kita sudah melakukan macam-macam dosa. Jadi pada 1 bulan di Ramadhan ini mohonlah ampun dari Allah s.w.t. Nikmat dalam hidup kita adalah apabila dosanya diampunkan.

6. Beriktikaf di 10 malam terakhir. Tahan sikit nafsu tidur. Jangan sia-siakan 10 malam terakhir ini. Hanya 10 malam sahaja yang Allah minta. Mandi dan pakai wangi-wangian ketika berikhtikaf.

DOA MALAM LAILATUL-QADAR

7.Berdoa : Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku)

Semoga Allah s.w.t menerima ibadah kita di bulan Ramadhan dan dikurniakan keutamaan malam Lailatulqadar.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More