4 Tips Berkesan Untuk Kawal Marah Anda Kepada Anak Yang Selalu Degil

0

Jom Ketahui Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak Degil :

1. Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak, Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi.

Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.

2. Mendidik anak dengan cara yang betul, Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi. Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya.

Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.

Loading...

3. Memberikan Tumpuan Kepada Anak, Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajari mereka agar boleh lakukan. Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.

4. Elak daripada Mengeluarkan Kata-Kata Negatif, Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan.

Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara. Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.

Sila Tonton video dibawah ini agar anda boleh simpan dalam kepala ketika kemarahan semakain naik.

Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.