Info Manafaat, Inilah Cara Bagaimana Ingin Dikasihi Allah SWT
Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?
Menerusi tazkirah Jumaat minggu lalu, walhamdulillah kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya.
Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah. Salah satu caranya adalah dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.
Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun menc1um anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan nabi s.a.w. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengasihi dan memuliakan serta menjaga kebajikan mereka. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Selain itu, berbuat baik serta berlaku ihsan kepada haiwan juga adalah merupakan suatu sifat yang perlu kita semaikan dalam diri kita. Benar, memelihara haiwan ini memang amat dianjurkan dalam Islam, tetapi pemiliknya mestilah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.
Oleh itu, jika kita ada memelihara haiwan peliharaan di rumah contohnya seperti ikan, kucing, arnab dan sebagainya, berilah makan dan minum kepada mereka dengan secukupnya, jagalah kebajikan mereka dengan baik agar haiwan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidupannya dengan baik.
Pernah disebutkan dalam hadis bahawa ada pemilik haiwan yang dis3ks4 kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada haiwan peliharaannya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang wanita yang dis3ks4 kerana seekor kucing yang dikvrungnya sehingga m4ti. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikvrungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah.”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Demikianlah beberapa contoh mudah tentang cara kita bersifat belas kasihan kepada seluruh makhluk Allah SWT di atas muka bumi ini. Oleh kerana itu, kita pasti akan dikasihi oleh Allah dan seluruh penduduk yang ada di langit jika memiliki sifat rahmat dan ihsan kepada seluruh makhlukNya. Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu sebab untuk kita mendapat 99 lagi rahmatNya di Hari Akhirat kelak. Allahumma amin.