Hukum Pakaian Bergambar Ketika Solat Berjemaah
Hukum Pakaian Bergambar Ketika Solat Berjemaah, Ini Penjelasannya | Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Diwajibkan semua orang Islam yang mukalaf untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.
Solat-solat yang diwajibkan adalah zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh. Solat selain daripada ini adalah solat sunat sahaja.
Solat fardhu lima waktu itu mula disyariatkan dalam Islam semasa peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah.
Di dalam solat ini ada cara-cara, syarat-syarat sah, adab dan hukum-hakam tertentu. Di sini kami cuba mengupas tentang hukum memakai pakaian yang bergambar ketika solat.
Soalan : Apakah Hukumnya bersolat dengan memakai pakaian yang mempunyai gambar haiwan? Dan bagaimana pula jika pakaian itu mempunyai gambar kartun atau animasi seperti spiderman, batman atau kartun lain?
Bagaimana pula hukumnya wanita yang memakai pakaian yang bergambar ketika solat tetapi ditutupi dengan telekung?
Jawapan : Hukumnya MAKRUH. Kerana lukisan yang ada di pakaian itu boleh mengganggu orang lain seperti gambar di belakang baju, sudah pasti akan mengganggu orang yang sedang solat di belakang
Sebahagian ulama menghukumnya dengan HARAM. Rasulullah S.A.W. melaknat golongan yang melukis gambar-gambar makhluk.
Namun sebahagian ulama menghukumnya MAKRUH. Bagi mengelakkan daripada mengganggu orang lain dalam solat adalah lebih baik sekiranya baju itu diterbalikkan dahulu sebelum solat.
Adapun bagi orang perempuan yang solat dengan memakai pakaian mengandungi gambar-gambar tersebut yang terlindung di sebalik tudung tidak mendatangkan apa-apa.
Ini kerana kain telekungnya menutup gambar yang ada pada baju yang dipakai. Namun, kedua-dua keadaan ini TIDAK MEMBATALKAN solat seseorang. Solatnya Tetap SAH.
Kredit : DR. FARID RAVI
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat