“Hindari membeli lot lidi dan tanah lot mµrah” – Pakar Hartanah Ini Dedahkan Risik0nya

Lot lidi, antara yang menjadi buruan ramai atas sebab harganya yang murah. Namun masih ramai yang tidak sedar r1siko yang terpaksa ditanggung pembeli.

Menurut pakar hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad, lot lidi merupakan lot pertanian yang belum dipɛcahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan. Maka tanah yang dibuat rumah tetap bukan milik pembeli kerana proses pindah milik tidak berlaku.

Ikuti penjelasannya.

TabungTanah.

RUMAH CANTIK, TAPI…

Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya.

Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam.

Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena.

Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000.

Dalam iklan yang ditawarkan, bunglow ini hanya pada harga RM165,000 sahaja.

“Dulu dia janji masukkan nama dalam geran”. Ceritanya laju.

Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina atas Lot Lidi kita sebut.

Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan.

Penjual bila pembeli dah seronok dan bina bangunan, akan mintak duit lagi nanti nak tukar status atau pɛcah lot dan sebagainya.

“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.

Nampak permainan mereka…

Ramai yang g1la beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.

“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.

“Orang kampung jual, murah-murah. Saya buat personal loan senang bang”.

Saya dah banyak kali tulis, kelɛmahan Lot Lidi ini kawan.

Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.

1. Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tidak berlaku.

2. Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli.

3. Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.

4.Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tapi tiada nilai.

5. Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.

6. Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.

7. Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah di bawah Kanun Tanah Negara.

“Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang”. Ceritanya semalam.

Kawan kawan,

Hindari membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini.

Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.

“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”.

Lebihkan hati hati agar tak jadi m4ngsa t1pu nanti. Dikampung banyak kisah begini berlaku.

Sumber Azizul Azli Ahmad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.