Empat Surah Dapat Menghindari Sihir.. Ramai Masih Tak Tahu
Info Menafaat : Empat Surah Dapat Menghindari Sihir.. Ramai Masih Tak Tahu, Jom Amalkan | Al-Qur’an adalah sebaik-baik pendinding diri dan Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan,
Al-Qur’an adalah penawar, Jadi, jika ingin mengubati penyakit atau mencari penyelesaian, sentiasalah membaca Al-Qur’an.
Juga, bagi menghindari diri daripada gangguan sihir dan makhluk halus yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar, beberapa ayat dari Al-Qur’an boleh dijadikan sebagai amalan harian.
1.Surah Al-Fatihah
Ummul Kitab, juga dikenali sebagai penawar seribu guna.
Anda boleh melazimkan diri untuk membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali setiap kali selesai solat fardu. Tetapkan juga niat agar Allah SWT membantu anda melindungi diri daripada gangguan jin dan syaitan.
2.Al-Mu’awwizat
Tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah tiga Qul. Ia terdiri daripada surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam.
3.Ayat Kursi
Sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
4.Surah Yasin, ayat satu hingga ayat sembilan
Surah Yasin sering dikaitkan sebagai hati Al-Qur’an malah banyak hadis Rasulullah SAW yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yasin.
Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Dengan mengamalkan ayat-ayat diatas, kita akan dilindungi dari gangguan jin, syaitan dan manusia yang berniat jahat. Insya-Allah.
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat
https://www.youtube.com/watch?v=QqQO92uTNUU