Doa Untuk Orang Yang Benci Berbalik Jadi Menyayangi Anda
Info Menafaat : Inilah Doa Untuk Orang Yang Benci Berbalik Jadi Menyayangi Anda | Adakah anda pernah mencintai seseorang namun ada halangan yang menyakitkan,
Apalagi jika orangnya sampai menghina anda? Boleh saja hal ini terjadi kepada sesiapa sahaja, akan tetapi jangan sampai dibalas dengan keburukkan,
Apalagi dengan hal-hal yang boleh menyebabkan kerugian bagi diri anda sendiri, sebab jika anda membalas dengan kejelekan hanya akan menimbulkan permusuhan yang lama.
Didalam islam ada syariat yang harus kita lakukan jika kita mengalami permasalahan yang sedang kita hadapi, jika anda mempunyai permasalahan seperti diatas cubalah berikhtiar dengan amalan berikut.
Amalan ini terdapat didalam Surah Yusuf Ayat 4, yang berbunyi ..
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada ‘Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
artinya:
“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: ‘Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan, semuanya sujud kepadaku.” QS. Yusuf: 4)
Ayat tersebut dibaca selepas solat Isyak sebanyak 3X, dan tujukan kepada orang yang anda maksud, Insya Allah orang yang tadinya membenci anda akan berbalik mencintai anda.
Penting: Jangan menggunakan amalan ini untuk kepentingan yang tidak baik, apatah lagi jika ada niat yang melanggar larangan Allah, kerana amalan ini adalah ayat dari Al-Quran, jangan sampai disalah gunakan! [Amalkan]
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat