Dari Dileep Kepada A.R Rahman – Kisah Pemµzik Terkenal India Yang Bermimpi Tentang Islam

Nama A.R Rahman cukup dikenali dalam industri muzik India. Kerjayanya sebagai penggubah lagu, penerbit dan pemuzik bukan saja menjµlang namanya di India, bahkan ke serata dunia sehingga bakatnya turut diiktiraf dalam anugerah luar negara seperti Anugerah Grammy, BAFTA Award dan Golden Globe.

“Di Bollywood bila menjadi popµlar dan dapat hidup mewah, ramai menukar nama Islam menjadi Hindu. Tapi saya sebaliknya, dulu Dileep Kumar kini menjadi Alla Rakha Rahman. Saya bangga!” Itu kata-kata yang pernah diucapkan oleh A.R Rahman.

Lahir pada 6 Januari 1966 dengan nama A.S Dileep Kumar, lelaki ini mempunyai kisah menarik, sama ada perjalanan hidupnya yang keh1langan bapa pada usia sembilan tahun atau pencarian kerohaniannya sehingga menemui Islam.

Setelah keh1langan ayah, Dileep mula memikul tanggungjawab menyara keluarga ketika berusia 11 tahun. Dia menyertai kumpulan Illaiyaraja, sebagai pemain keyboard.

Pembabitannya dalam dunia muzik pada usia muda menjadikannya lebih cepat matang, selain mendedahkannya kepada dunia pemuzik sebenar, yang penuh dengan tabiat burµk seperti merok0k, mabµk dan mengambil dad4h.

Jauh di sudut hati Dileep yang masih muda, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia muzik yang di anggap begitu ‘kot0r’.

Adakah semua pemuzik mesti menghisap rok0k, minum ar4k dan mengambil dad4h untuk mendapat ilham mencipta lagu? Hatinya sering tertanya-tanya, “Inikah gaya hidup orang muzik?”

Dalam pergaulannya dengan ramai pemuzik, hanya seorang saja yang memberikan interpretasi berbeza kepada dunia muzik, iaitu Illaiyaraja. Pemuzik yang dihormati ini tidak mempunyai tabiat burµk, tetapi telah mampu menghasilkan lagu-lagu yang hebat ketika itu. Dan lelaki itulah yang banyak memberi inspirasi kepada Dileep untuk menjadi pemuzik yang baik tanpa rok0k, ar4k dan dad4h.

Sebagai anak muda yang mengamati persekitaran dan berfikir panjang, Dileep terselamat daripada pengaruh-pengaruh neg4tif di sekelilingnya. Namun ada ketikanya jiwanya terasa kosong. Ada sesuatu yang dicarinya, apakah itu Tuhan?

Asalnya, Dileep tidak mempercayai Tuhan, kemudian menjadi penyembah berhala, tetapi semuanya serba tidak kena di dalam jiwanya.

Ketika menginjak remaja, Dileep mula berfikir bahawa dunia ini tidak mungkin akan berjalan dengan sendirinya tanpa Penciptanya. Hatinya bertanya lagi, tentu Pencipta itu satu kuasa yang besar. Namun bagaimana ia harus bermula?.

Pada tahun 1988, ketika mengadakan konsert di Malaysia, Dileep bermimpi didatangi seorang lelaki tua berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Apabila terjaga, Dileep menganggap ia hanyalah mainan tidur dan tidak ambil pusing langsung. Mimpi itu pun dilupakan begitu saja.

Tetapi mimpi yang sama datang lagi di dalam tidur Dileep, bukan sekali, tapi hampir setiap malam setelah dia kembali ke India. Mimpi itu menyerunya supaya memeluk Islam.

Hati Dileep mula gelisah, perasaannya tidak tenteram sewaktu mencari jawapan. Mesej apakah yang ingin disampaikan oleh mimpi itu?

Mimpi itu diceritakan kepada ibunya. Walaupun tidak mengerti maksud mimpi itu, ibunya hanya mampu memberi galakan kepada Dileep supaya menyambut serµan untuk memeluk Islam.

Pada masa yang sama Dileep juga bergelµt dengan masalah keluarga apabila salah seorang kakaknya jatµh s4kit. Kebimbangan menghantµi seisi keluarga apabila tahap kesihatan kakaknya kian mer0sot.

Dileep masih ingat bagaimana ayahnya, R.K Shekhar menanggung der1ta sehingga ke akhir hayat, sama keadaan seperti yang sedang dialami oleh kakaknya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyembuhkan kakaknya, termasuklah memanggil p4deri dan s4mi untuk berdoa. Namun semuanya tidak berhasil. Keluarga Dileep hampir kecewa untuk melihat kakaknya sembuh seperti sedia kala.

Dalam kekalµtan itu, Dileep dipertemukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri, yang cukup terkenal di kalangan penganut agama Islam di India. Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan Pir, kakak Dileep akhirnya sembuh.

Ketika bertemu dengan Pir Qadri, Dileep teringat mimpinya yang didatangi lelaki tua berjubah, mengajaknya memeluk Islam. Lelaki di dalam mimpinya itu persis wajah Pir Qadri. Peristiwa itu akhirnya menjadi dorongan kepada Dileep dan keluarganya memeluk Islam.

Setelah memeluk Islam dalam usia 20-an, Dileep menukar namanya menjadi Alla Rakha Rahman atau lebih dikenali sebagai A.R Rahman.

Pengalaman daripada perjalanan hidup banyak mengajarnya sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam.

Jawapan yang dicari-carinya sebelum ini hanya ditemui setelah dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan semula.

Bukan itu saja, kerjayanya mula berubah mendadak dan rezekinya melimpah-ruah. Pada tahun 1989, Rahman sudah memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling canggih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album daripada runµt filem dan mencipta lagu.

Kemewahan yang datang tidak pernah menutup mata A.R Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

“Bila kita dikelilingi wang dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lµpa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan iman yang mampu menjaga kita,” katanya.

Kini, setelah lebih dua dekad, A.R Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan oleh Islam. Malah dia mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan bahawa Tuhan sentiasa bersamanya.

Semua itu bukan saja mengingatkannya tentang dunia, tetapi juga hari akh1rat. Justeru, dia tidak akan meninggalkan solat walaupun bergelµt dengan kesibukan kerja.

Jika diimbas kembali, kejayaan A.R Rahman bermula dengan muzik dalam filem pertamanya, R0ja 1992. Setelah itu diikuti dengan lagu-lagu lain dalam filem-filem popular seperti Dil Se, Taal, Swades, Chaiyya Chaiyya, Rang de Basanti dan banyak lagi. Album soµndtrack filem Padayappa dan Taal mampu terjual lebih 1.2 juta keping kerana lagu-lagu hebat ciptaannya.

Bukan hanya di India, A.R Rahman juga mencipta muzik untuk filem-filem di luar negara seperti filem Mandarin, Warriors of Heaven and Earth pada 2003. Malah, muzik ciptaannya dalam filem Slumd0g Millionaire memenangi kategori Skor Terbaik dan Lagu Asli Terbaik. Filem tersebut juga mendapat anugerah Filem Terbaik Anugerah Akademi ke-81.

Dengan segala kejayaannya itu, memang layaklah A.R Rahman digelar Morzart of Madras.

Sumber Pedoman Iktibar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.