“Dah 5 Tahun Eczɛma Anak Tak Datang, Dulu Terµk” – Bapa Ini Kongsi Cara Rawatan, Hanya Kawal Pemakanan

Eczɛma biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan rad4ng pada kulit disertai dengan bengk4k, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecµr yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berker4k.

Ibu apa mana yang tak risau bila nampak tanda-tanda eczema pada kulit anak. Lebih menyedihkan bila eczema semakin teruk sehingga berdarah. Sama kisahnya seperti ibu bapa ini dan pelbagai cara dilakukan untuk kesihatan si manja sehinggalah ibu ini mengamalkan diet pemakanan. Ikuti perkongsian ini.

Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczɛma anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczɛma ketika umur 1 tahun 5 bulan.

Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczɛmanya. Saeed mula naik eczɛma masa umur 2 bulan.

Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.

Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit.

Ubat ster0id yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan ster0id tu baru berkesan balik. Ubat ster0id memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos ster0id.

Yang peliknya, doktor kata ubat ster0id tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat ster0id bersambung-sambung. Ada orang dah guna ster0id bertahun-tahun.

Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih terµk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat ster0id eczema akan mengamµk jadi sangat terµk. Kami bersedia.

Kalau tengok gambar Saeed yang eczɛma teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.

Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczɛma dewasa yang dah guna ubat ster0id dalam tempoh masa yang lama, hingga ster0id paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczɛmanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putµs asa, dia berhenti ster0id dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.

Bila baca kisah orang sembuh eczɛma dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.

Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di faceb00k dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.

Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.

Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.

Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczɛma makin terµk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit Saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.

Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczɛma. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.

Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkµbur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka.

Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczɛma Saeed. Dapat banyak ilmu dan network.

Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal.

Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczɛma dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczɛma akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”

Ya Allah eczɛma seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi tersɛksa.

Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczɛma mereka semua. Sangat ramai yang PM Widyana hingga tak sempat nak reply.

Saya letak gambar-gambar perkembangan eczɛma Saeed dari umur 4 bulan hingga sembuh. Alhamdulillah ‘ala kulli haal.

Sumber Faceb00k Mohd Yazid Ismail

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.