Cara Urus Jen4zah Di Mekah Atau Madinah Jika Berlaku Kem4tian Jemaah Malaysia

Bagaimana menguruskan jɛnazah di Mekah atau Madinah jika berlakunya kem4tian rakyat Malaysia yang berada di Mekah atau Madinah tidak kira kem4tian itu samaada di hotel, masjid atau hospital, perkara yang perlu dilakukan untuk menguruskan jɛnazah di Makkah atau Madinah adalah seperti berikut.

Untuk visa umrah, maklumkan kem4tian kepada pihak muasasah untuk mendapatkan surat kem4tian dari pihak hospital. Jika jemaah meningg4l dunia di hotel atau masjid perlu hubungi hospital dan pegawai polis untuk pengesahan kem4tian. Surat kem4tian akan dikeluarkan selepas tempoh 2-4 jam selepas pɛsakit disahkan meningg4l dunia di hospital.

Proses lebih lama jika kem4tian berlaku di luar hospital, kerana perlu dapatkan surat pengesahan polis sebelum surat kem4tian dikeluarkan.

Untuk Visa Tourist, perlu upah syarikat pengurusan jɛnazah, bayaran sekitar SAR2500-3000. Mereka akan uruskan proses untuk dapatkan surat kem4tian dari pihak hospital dan buat laporan polis.

Dokumen mengenai kem4tian jemaah perlu dihantar ke KONSULAT MALAYSIA di JEDDAH untuk mendapatkan keizinan pengɛbumian.

Dokumen yang perlu dibawa ke konsulat Malaysia di Jeddah seperti berikut :

– Surat Tabligh Wafah dari Hospital.

– Passport asal jɛnazah.

– Passport asal waris.

– Surat pengesahan izin pengɛbumian oleh waris.

Surat polis masjid(jika jemaah meningg4l di Masjidil Haram).

Setelah mendapatkan surat kebenaran dari konsulat Malaysia, pergi ke hospital untuk menuntut jɛnazah. Pihak hospital akan diiringi oleh petugas, waris ke tempat pemandian jɛnazah untuk proses berikutnya. Catat nombor katil dan nombor van jɛnazah untuk dimaklumkan kepada pegawai untuk proses seterusnya.

Jɛnazah akan dibawa ke masjidil haram atau masjid nabawi 1-30 minit sebelum masuk waktu solat/azan. Jɛnazah akan di bawa ke tanah perkuburan Al-Syaro’l. Sila catat nombor kvbur. Selesai proses pengɛbumian, seterusnya proses mendapatkan sijil kem4tian (shahadah Wafah) melalui muasasah (Visa Umrah), jika visa pelancongan, pihak polis akan berurusan dengan konsulat Malaysia di Jeddah.

Kebiasaanya sijil kem4tian akan dapatkan tempoh 14-30 hari. Selepas dapat sijil kem4tian, dokumen dihantar ke konsulat Malaysia di Jeddah untuk disahkan dan diterjemahkan. Proses ini sangat penting kerana ia menjadikan dokumen sahlaku ditanah air untuk proses di Malaysia.

Di Madinah , prosedur yang sama seperti di Mekah kecuali urusan dokumen tidak perlu ke Jeddah. Hanya perlu di pejabat muasasah di Madinah, Mulai 2020, hanya pemukim Madinah sahaja dibenarkan disemadikan di Perkuburan Baqi’.

Jɛnazah yang bukan pemukim Madinah akan disemadikan di Permakaman Hayy Sayyid Syuhada, Uhud.

Sumber Daily Umrah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.