Cara Atasi TeIinga Tersµmbat Ketika Naik Kapal Terbang, Orang Dewasa & Kanak-Kanak Berbeza – Berikut Ialah Caranya

Perubahan altitud merupakan salah satu punca ramai orang berhadapan dengan masalah telinga tersµmbat.

Keadaan itu sememangnya mendatangkan ketidakselesaan pada tubuh kerana ketika itu deria pendengaran seolah-olah tidak berfungsi dengan baik.

Ia sering berlaku sewaktu kapal terbang baru sahaja berlepas meninggaIkan landasan atau melakukan aktiviti mendaki gunung.

Menurut Mayo Clinic, masalah berkenaan terjadi apabila tekanan udara pada telinga tengah dengan tekanan persekitaran tidak seimbang.

Tulis laman perubatan itu lagi, telinga tersumbat boleh berlaku pada kedua-dua belah telinga dan orang ramai tidak boleh ambil mudah sekiranya timbul rasa ketidakselesaan, pendengaran tersekat selama beberapa hari sehingga timbul gejala yang terµk.

Merujuk satu perkongsian Pengasas MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin tentang cara mengatasi kemelut berkenaan dengan menggunakan kaedah vasalva maneuver. Berikut antara saranan yang diberikan:

i) Tutup hidung dengan kaedah mencubit.

ii) Tutup mulut.

iii) Hembus nafas seperti ingin meniup belon.

iv) Lakukan teknik itu kira-kira 15 saat.

Jelas Dr Khairul Hafidz, kaedah itu dapat membantu menyeimbangkan kembali tekanan udara di dalam telinga.

Namun demikian, masalah telinga tersumbat dalam kalangan orang dewasa boleh diatasi dengan mudah kerana mereka tahu cara untuk menghiIangkan rasa tidak selesa itu.

Namun, tidak bagi kanak-kanak kerana keadaan telinga tersµmbat dalam kalangan mereka berbeza dengan orang dewasa.

Ini kerana kata Children’s Hospital Los Angeles (CHLA), Amerika Syarikat, kanak-kanak mempunyai lebih banyak tisu dalam adenoid di belakang tekak yang mana ‘berfungsi’ boleh menyekat telinga.

Tambah laman perubatan itu lagi, pembentukan tiub dalam telinga yang membantu menyamakan tekanan juga berbeza di antara kanak-kanak dan orang dewasa.

Tiub telinga kanak-kanak adalah lurus dan tidak melengkung serta mengalir ke bawah.

Justeru, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan s4kit telinga pada si kecil seperti yang disyorkan CHLA. Berikut inti patinya:

i) Ketahui keadaan anak anda, jika mereka selesema atau mengalami j4ngkitan saluran pernafasan, elak perjalanan menggunakan kapal terbang. Namun, jika tiada pilihan, pastikan si kecil minum dengan banyak sebelum penerbangan.

ii) Sekiranya telinga mereka mula tersµmbat, berikan susu botol atau air untuk diminum.

iii) Jika anak-anak sudah besar, boleh memahami apa yang diperkatakan, maka galakkan mereka mengunyah sesuatu. Keadah itu perlu dilakukan supaya telinga tersµmbat dapat dikurangkan dengan cara menelan, membuka rahang atau menguap sekurang-kurangnya empat kali.

iv) Ibu bapa boleh berikan si kecil straw kecil atau permainan kincir untuk mereka tiup.

v) Kejutkan anak atau bayi yang sedang tidur semasa berlepas dan mendarat kerana telinga boleh menjadi lebih s4kit ketika tidur.

Telinga tersµmbat mungkin dilihat sebagai perkara yang tidak begitu membimbangkan bagi orang dewasa, tetapi tidak bagi kanak-kanak.

Kena ingat, situasi berkenaan boleh menyebabkan koyakan pada membran timpanum atau gegendang telinga.

Justeru, bagi ibu bapa yang ada anak kecil dan ingin melakukan perjalanan menggunakan kapal terbang, pastikan anda tahu cara mengendalikan masalah berkenaan. Jangan sesekali ambil mudah.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.