Bagaimanakah Cara Menjadi Orang Islam Yang Baik
Info Menaafaat : Bagaimanakah Cara Menjadi Orang Islam Yang Baik, Ini Penjelasannya | SOALAN : Pasti kita sebagai orang islam pasti pernah melakukan dosa atau kesilapan. Jadi, bagaimanakah cara untuk menjadi orang islam yang baik?
JAWAPAN : Untuk menjadi seorang Islam yang baik tidak dapat tidak mesti seorang itu mengetahui akan segala aib dan kesalahan dirinya sendiri.
Seorang yang mempunya aib dan kekurangan tetapi tidak menyedarinya maka selamanya dia berkadaan begitu sampai ketika dia bertemu dengan Allah.
Hikmah mengetahui aib dan kecelaan diri ialah apabila mengetahuinya maka senanglah untuk merawatnya sebagaimana seorang pesakit yaitu apabila doktor mengetahui penyakitnya maka senanglah penyakitnya itu dirawat tetapi amatlah sukar memberi rawatan kepada orang sakit yang tidak diketahui akan penyakitnya.
Kerana itulah berkata Imam Al-Ghazali :
إعلم أن الله عز وجل إذا أراد الله بعبد خير بصره بعيوب نفسه، فمن كانت بصيرته نافذة لم تخف عليه عيوبه، فإذا عرف العيوب أمكنه العلاج، ولكن أكثر الخلق جاهلون بعيوب أنفسهم، يرى أحدهم القذى فى عين أخيه ولا يرى الجذع فى عين نفسه
Artinya : “Ketahui olehmu sungguhnya Allah Taala apabila menghendaki akan seorang hamba itu menjadi seorang yang baik nescaya Allah akan membuka mata hatinya sehingga dia dapat melihat aib dirinya sendiri.
Barang siapa yang terbuka mata hatinya sudah tentu tiada tersembunyi lagi segala aib dan kekurangan dirinya. Maka apabila sudah dikenali akan segala aib diri nescaya memudahkan atas mengubatinya.
Akan tetapi kebanyakkan manusia jahil mereka itu dengan aib diri mereka itu. Meraka hanya melihat keburukkan pada saudaranya tetapi tidak nampak kekurangan dan kecelaan yang ada pada diri sendiri.” (Kitab Ihya’ Ulumiddin) Wallahua’lam.
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat