Baca Dan Fahami : kEutaMaAn aZaN & mUaZiN.

0

Pemimpin di hari Kiamat Muazin akan menjadi pemimpin pada hari kiamat sebagaimana Muawiyah bin Abu Sufyan r.a menceritakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;

“Muazin adalah orang yang paling panjang leher pada hari kiamat.”

Menurut Ibn Majah, ‘panjang leher’ adalah personafikasi yang digunakan orang Arab bagi merujuk kepada ketua atau pemimpin.

mengusir syaitan, Azan boleh digunakan untuk mengusir syaitan berdasarkan hadis Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang bermaksud;

“Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil kentut. Apabila sudah selesai iqamat, dia datang semula menggangu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang terjadi demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi). “- Riwayat al-Nasa’i –

Loading...

Keampunan Sejauh suara, Muazin akan diberikan keampunan sejauh mana suara azannya sampai dan diberikan pahala orang yang bersolat kerana mendengar seruan azannya itu. Ini berdasarkan kepada hadis al-Bara ‘bin’ Azib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya;

“Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup ataupun yang mati. Di samping itu, disediakan baginya pahala orang yang bersolat bersama dengannya. “- Riwayat al-Nasa’i dan Ahmad –

Menurut riwayat di atas, yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolat bersama dengannya ini tidak hanya tertakluk kepada mereka yang bersolat bersama dengannya di satu tempat dan dalam satu jemaah, tetapi juga sesiapa sahaja yang bersolat setelah mendengar seruan azannya.

Dimasukkan ke dalam syurga, Muazin diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga. Mengikut hadis ‘uqbah bin Amir r.a. yang mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;

“Allah redha dengan penggembala kambing di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berfirman ‘Lihatlah kepada Hamba-Ku ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepada-Ku. Aku telah mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga. “- Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i –

Mendapat saksi amal soleh, Sesiapa sahaja yang mendengar azan yang dilaungkan oleh Muazin, dia akan menjadi saksi tentang amal solehnya itu diakhirat kelak. Abu Said al-Khudri pernah berkata kepada Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sya’sya’ah al-Ansari, katanya;

“Saya melihat engkau sangat menyukaikambing dan kampung halamanmu. Sekiranya engkau bersama kambing-kambingmu atau berada di kampung halamanmu lalu engkau melaungkan azan untuk solat, maka kuatkanlah suaramu.

Kerana sesiapa sahaja yang mendengar suara (azan) mu sama ada manusia atau jin atau apa sahaja, mereka akan menjadi saksimu di akhirat kelak. “Menurut Abu Said al-Khudri,” saya telah mendengarnya daripada Rasulullah saw “- Riwayat al-Bukhari dalam bab azan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More