Baca Dan Fahami : Celaan Merupakan Pembakar Semangat Buat Diri Kita.

KISAH YANG DISAMPAIKAN DALAM KULIAH MAGHRIB DI SURAU NURUL IMAN CEMPERAISARI SEBENTAR TADI (6/5/2012)

Diceritakan di dalam Kitab Lathaif al-Minan Wal Akhlak karya Imam Abdul Wahab asy-Sya’rani (seorang ulama’ Mesir yg lahir pd 898H dan wafat pd 973H. Beliau sempat berjumpa dgn Imam ahli Hadis Mesir antaranya Jalaluddin as-Suyuthi&bljr dgn ulama’ terkenal Syeikh Zakaria al-Anshari, Nashiruddin al-Laqani, Syihabuddin ar-Ramli dan ramai lagi) menukil daripada Imam Taqiyuddin as-Subki yang bercerita tentang kisah ABU ALI IBNU SINA, seorang tokoh falsafah Islam yg sangat pandai dan genius.

Suatu hari, ada seseorang mencela Ibnu Sina kerana beliau tidak haafaz al-Quran. Setelah mendengar celaan itu, Ibnu Sina pun menjadi sangat malu dan marah. Lalu beliau terdorong untuk menghafaz seluruh al-Quran, dan beliau melakukannya HANYA DALAM SATU MALAM! Padahal sebelum itu, beliau hanya menghafal surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sahaja.

Kisah ini sangat mengagumkan, bahkan terlalu luar biasa sehingga sukar dipercayai. Allah yang lebih tahu kesahihan cerita ini.

#Teladan: Jadikan celaan sebagai pembakar semangat. Celaan memang pahit namun ia mengandungi ubat yang akan merubah hidup kita menjadi lebih sempurna. Syaratnya, kita mesti pandai merubah celaan itu menjadi pembakar semangat, seperti yang dilakukan tokoh2 yg berjiwa besar#

Sumber : 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *