Baca Dan Fahami Betapa Dahsyatnya Dosa RIBA

Baca Dan Fahami Betapa Dahsyatnya Dosa RIBA..Ini Jawapan Dan HUKUMNYA | hukuman Riba Imam An-Nawawi rh berkata: “Telah Ijma ‘seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar,

Dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’ , 9/391).

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.

1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT,

Dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah: 278).

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata: “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat: ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68; Ad-Durru Al-Manthur, As -Suyuti, 3/366).

Berkatalah Abu Hanifah rh pula: “Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata: “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba,

Kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” (Al-Jami ‘Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364).

Berkata Imam Qatadah rh: “Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” (at-Tabari, 3/72) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman: “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” (Al-Baqarah: 276).

2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat: – Di Dunia: Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta,

Dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak),

Antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba.

Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an’ Iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma ‘rifat, Beirut, 1982, 1/224).

Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a: – “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, no 3754, 1/395; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399).

Di Akhirat: Berkatalah Ibn Abbas ra: Ertinya: “Tidak diterima dari pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, Jihadnya dan persaudaraannya” (Al-Jami ‘li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362; Az- Zawajir ‘An’ Iqtiraf al-Kabair, ibid, 1/224).

3. Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri, Nabi SAW bersabda: “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya ..” (Ibn Majah, 2/764; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim).

4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina, Nabi SAW bersabda: “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali”

(Musnad Ahmad, 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al- halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103).

5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar. Ia berdasarkan hadith nabi SAW: “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim,

Makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sekian Terima Kasih,DIPERSILAKAN SHARE Jika bermanfaat untuk anda semua.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat