Apakah Berdosa Jika Membaca Menyentuh Al-Quran Tanpa Wudhu
Info Menafaat : Apakah Berdosa Jika Membaca Menyentuh Al-Quran Tanpa Wudhu? Ini Jawapannya | SOALAN: Adakah menjadi kesalahan (berdosa) membaca ayat-ayat suci sewaktu kita tiada wudhu ‘umpamanya ketika hendak tidur atau terjaga dari tidur?
JAWAPAN: Berzikir menyebut nama Allah atau istighfar dan doa-doa baik ketika ingin tidur atau bangun tidur disunatkan mengambil wudhu ‘, jika tidak berwudhu’ tidaklah berdosa.
Sesuai dengan hadis yang disampaikan oleh Aisyah yang bermaksud: “Rasulullah (SAW) selalu zikir kepada Allah pada setiap masa”.
Menurut Jumhur ulama diharamkan bagi orang yang junub membaca sesuatu dari ayat-ayat Al-Quran, ini berdasarkan hadis daripada Ali ra.
“Bahawa Rasulullah (SAW) tidak satupun yang menghalanginya dari Al-Quran kecuali janabat” (Riwayat Ash habus Sunan disahkan oleh Tirmizi)
Sedangkan menurut sebahagian ulama seperti Bukhari, Thabrani, Abu Daud dan Ibnu Hazmin berpendapat dibolehkannya membaca Al-Quran bagi orang yang junub. Sekian Terima kasih, Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.
BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?
Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?
Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.
Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?
Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.
Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .
Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.
Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat