Anda Kerap Pɛning Kepala Ketika Puasa, Ini 4 Cara Mengatasinya

Selain lapar dan dahaga, ada di antara kita yang mengalami pɛning kepala ketika berpuasa terutamanya di waktu tengah hari atau petang.

Perkara itu terjadi disebabkan badan sudah kekurangan tenaga dan cecair kerana kita sedang berpuasa. Rasa s4kit tersebut boleh berlaku sama ada di bahagian depan, kanan atau kiri kepala.

Berikut kami senaraikan empat tip untuk mengatasi masalah pening kepala di bulan Ramadan yang boleh mengganggu fokus seseorang terutamanya ketika bekerja.

1. Elak Terlalu Banyak Makanan Manis Semasa Sahur.

Seperti yang disebutkan di atas, makanan manis merangsang pelepasan insulin yang akan menurunkan kadar glukosa d4rah, seterusnya mencɛtuskan s4kit kepala.

Banyakkan ambil makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jangan lupa jamah makanan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti dan oat kerana ia membantu mengekalkan tenaga dan rasa kenyang untuk bertahan sepanjang hari.

2. Jangan Lupa Minum Air.

Air sangat penting khususnya di bulan Ramadan. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sepanjang tempoh selepas berbuka puasa.

Tetapkan masa yang sama setiap hari untuk minum bagi mengelakkan terlupa. Misalnya, dua gelas semasa berbuka puasa, dua gelas sebelum solat Isyak atau Tarawih, dua gelas selepas Tarawih dan seberapa banyak gelas semasa sahur.

3. Elakkan Perkara Yang Membuatkan Anda Strɛss

Anda harus sentiasa dalam keadaan tenang dan gembira di bulan Ramadan bagi mengelakkan s4kit kepala.

Elakkan perg4duhan, keluar rumah awal untuk mengelakkan kesɛsakan lalu lintas serta banyakkan membaca al-Quran dan berzikir.

4. Tidur Yang Cukup.

Jangan kurang atau terlebih tidur. Kedua-duanya tidak baik untuk kesihatan. Jam yang cukup bagi setiap orang adalah berbeza-beza.

Asalkan anda boleh menjalani kehidupan harian dengan cergas dan sihat, berapa pun jam tidur anda sudah dikira mencukupi.

Kebiasaannya antara enam hingga lapan jam. Jika tidur malam tidak mencukupi, cari waktu lain untuk menampung hutang tidur tersebut, contohnya sebelum solat Zohor.

Sumber Agensi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.