Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong?

Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong?, Ini Penjelasannya | SOALAN : Pasti antara antara kita yang gemar pergi melancong ke tempat yang menarik pada setiap bulan. Jadi, adakah solat Jamak boleh dilakukan ketika melancong?

JAWAPAN : Keharusan melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir tidaklah disyaratkan perjalanan itu untuk melakukan ibadah sahaja,

Bahkan perjalanan yang bukan bertujuan melakukan ibadah juga diharuskan keduanya seperti berniaga dan melancong dan lainnya asalkan tidak bertujuan melakukan maksiat.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
بِأَنَّ التَّنَزُّهَ غَرَضٌ صَحِيحٌ يُقْصَدُ فِي الْعَادَةِ لِلتَّدَاوِي وَنَحْوِهِ كَإِزَالَةِ الْعُفُونَاتِ النَّفْسِيَّةِ وَاعْتِدَالِ الْمِزَاجِ وَغَيْرِ ذَلِكَ.

Artinya : “Bahawasanya melancung atau makan angin itu adalah satu tujuan yang dibenarkan syarak yang bertujuan pada kebiasaannya kerana merawat diri dan seumpamanya seperti menghilangkan kebosanan dalam diri dan menaikkan semangat dan lain dari yang demikian itu.” (Fatawa Fiqhiyah Kubra)

KESIMPULAN : Melancong dan berjalan-jalan melihat negeri orang bukan perkara yang di larang oleh syarak oleh kerana itu harus orang yang melancung atau makan angin apabila destinasinya sampai dua marhalah atau lebih ia melakukan jamak dan qasar sembahyang. Wallahua’lam.

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat