7 Amalan Yang Bertanggungjawab Apabila Anda Berhútang

Hútang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dalam ekonomi moden. Kecuali golongan superkaya, kita hampir pasti akan mengambil sekurang-kurangnya satu hútang dalam hidup.

Mengambil hútang itu tidak salah namun kita perlu bijak menguruskannya. Pakar ekonomi membahagikan hútang kepada hútang baik dan bvruk bagi memudahkan pengguna membuat keputusan berkenaan hútang mereka.

Pada zaman ini juga, urusan berhútang semakin dipermudah. Semakan latar belakang kredit ada kalanya dilonggarkan dan tempoh bayaran semula dipanjangkan bagi mengurangkan kadar bulanan. Anda juga sudah boleh berhutang untuk membeli barangan bernilai rendah, seperti yang ditawarkan sistem Búy Now Pay Latɛr (BNPL).

Yang paling penting, kita perlu menguruskan hútang dengan baik supaya ia tidak menjejaskan kehidupan di kemudian hari. Dalam menguruskan hútang, kita perlu sedar dengan kemampuan kewangan sendiri dan memastikan komitmen hútang selaras dengan kemampuan.

Sehubungan itu, kami menyenaraikan 7 amalan peminjam bertanggungjawab yang dikongsikan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk rujukan anda.

1. BAYAR TEPAT PADA MASA.

Pastikan anda mampu buat bayaran tepat masa setiap bulan. Masukkan komitmen hútang anda dalam belanjawan. Pembayaran tepat pada masa penting bagi memastikan rekod kredit anda baik. Anda juga perlu melunaskan bayaran bulan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang denda atau caj pembayaran lewat.

2. NILAI KEUPAYAAN BAYAR BALIK PINJAMAN.

Pakar mengesyorkan anda menyimpan 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan. Ada juga pakar yang mencadangkan supaya jumlah bayaran balik hútang anda berada di bawah paras 40 peratus daripada pendapatan. Walau bagaimanapun, anda perlu pertimbangkan perbelanjaan anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pinjaman. Jika perbelanjaan anda agak tinggi, anda perlu lebih berhati-hati mengambil pinjaman.

3. UTAMAKAN YANG TINGGI.

Apabila menyusun belanjawan, utamakan pembayaran hútang yang mempunyai kadar faɛdah atau keuntungan yang lebih tinggi. Ini kerana hutang-hutang ini memberi kɛsan yang lebih besar kepada kewangan anda jika lambat atau tidak mampu dibayar.

4. PASTIKAN ANDA MAMPU BAYAR PENUH.

Apabila membeli barangan secara ansuran, pastikan anda mampu bayar harga penuh, bukan sekadar ansuran sahaja. Jika harga penuhnya masih di luar jangkauan kewangan anda, tangguh dahulu pembelian itu. Juga, beri perhatian kepada tarikh akhir pembayaran bagi mengelakkan caj dan hútang yang bertimbun.

5. DAPATKAN BANTUAN SEGERA JIKA ADA MAS4LAH.

Jika anda berhadapan mas4lah yang tidak diduga seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya, segera dapatkan bantuan. Anda boleh berbincang dengan pihak bank sebaik sahaja anda berhadapan atau bakal menghadapi mas4lah untuk membayar balik pinjaman. Anda juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Krɛdit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihst kewangan. Jika anda berhadapan mas4lah dengan bank, anda boleh membuat aduan menerusi BNMTELELINK.

6. SENTIASA SEMAK PELAN PENGURUSAN KEWANGAN ANDA.

Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak semula pelan pengurusan kewangan dengan mengambil kira keadaan kewangan semasa serta jangkaan kewangan pada masa hadapan. Jika anda perlukan nasihat, AKPK menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan pengurusan hútang untuk individu serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana secara percuma.

7. KETAHUI HAK SEBAGAI PEMINJAM.

Jika anda didatangi pemungut hútang, minta kad kuasa atau notis bertulis daripada bank. Pemungut hútang juga tidak boleh buat sesuka hati. Antara perkara yang dilarang untuk dilakukan oleh pemungut hútang ialah :

– Mengvgut atau menggunakan kata-kata kɛsat untuk men4kutkan anda.

– Mencer0boh kawasan kediaman.

– Meros4kkan atau mengambil barangan peribadi.

– Datang ke tempat kerja kecuali jika anda tidak dapat dihubungi di kediaman atau anda membenarkan mereka datang.

– G4nggu ahli keluarga, jiran, kawan-kawan atau majikan bagi mendapatkan maklumat keberadaan anda.

– Menghubungi anda pada waktu yang tidak munasabah kecuali antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam.

– Menghubungi anda dengan kɛrap untuk mengg4nggu.

Sekiranya ada antara perkara ini yang berlaku, sila buat aduan kepada bank anda.

Sumber Relevan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.