6 Buah-Buahan Yang Disebut Dalam Al-Quran Ini Adalah Ubat Penawar Untuk Kita
Al-Quran merupakan kitab terulung dalam agama Islam.
Ianya merupakan kitab lengkap yang merangkumi semua benda yang diperlukan sebagai panduan untuk kehidupan manusia sejagat, khususnya umat Muslim.
Tahukah anda, dalam kitab Al-Quran diceritakan secara berulang-ulang tentang beberapa jenis buah?
Banyak kandungan ayat AL-Quran yang menyeru agar manusia memikirkan tentang kebesaran Allah S.W.T.
Antaranya tentang bagaimana ALLAH S.W.T. menciptakan pelbagai tanam-tanaman dan haiwan ternakan yang dapat memberi manfaat dalam kehidupan manusia.
“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. [QS IBRAHIM:32]”
Berikut merupakan jenis-jenis buah yang dimaksudkan.
Jom kenali buah-buahan tersebut dengan lebih lanjut !
Dan ketahui manfaatnya dalam kehidupan seharian kita.
1. BUAH ZAITUN (AL-ZAITUN )
Buah zaitun (Olea europea) disebut secara spesifik sebanyak 7 kali dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-An’am, Surah An-Nahl, Surah Mu’minun, Surah An-Nur, Surah ‘Abasa dan Surah At-Tin. (
Buah zaitun merupakan tanaman utama di daerah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco, selain banyak juga ditanam di daerah Mediterranean.
Ternyata buah zaitun banyak manfaatnya yang tersendiri.
Terdapat banyak produk kecantikan yang dihasilkan yang diasaskan daripada buah zaitun.
Di Malaysia, buah ini digunakan secara umumnya sebagai minyak zaitun yang banyak digunakan dalam masakan, juga bermanfaat untuk mencantikkan rambut, memberi kelembapan pada kulit, mencantikkan wajah dan banyak lagi.
2. BUAH TIN (AL-TIN40)
Pexels/Rawpixel.com
Buah tin ( Ficus carica L.) atau juga dikenali sebagai buah ara disebut hanya sekali dalam kitab Al-Quran, iaitu di dalam Surah At-Tin.
Terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang makna sebenar ayat tersebut.
Sesetengah ulamak menyifatkan ayat tersebut merujuk kepada Bukit Tin dan Bukit Zaitun, tempat di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Isa menerima wahyu daripada Allah S.W.T.
Buah tin tergolong dalam spesies mulberi yang biasa dijumpai di kawasan Asia.
Buah tin yang dikeringkan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.
Menurut kajian yang banyak dijalankan, buah tin ini dianggap sebagai buahan semula jadi yang paling sempurna berdasarkan khasiat-khasiat yang terdapat di dalamnya.
Selain mempunyai kandungan vitamin, mineral dan serat yang biasa dijumpai di dalam buah, kandungan vitamin yang terdapat dalam buah tin ternyata lebih unik dan istimewa.
Dalam buah tin, terdapat vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan korin.
Kandungan seratnya yang tinggi dapat melancarkan penghadaman dan membendung masalah usus.
Selain itu, ianya juga dapat membantu dalam proses mengurangkan berat badan.
Kandungan pektin yang terdapat dalam buah tin juga dapat mengurangkan kolestrol berlebihan dalam badan. Buah tin junga dipercayai dapat membantutkan pertumbuhan sel-sel k4nser dalam badan.
Ianya juga dapat membantu mengurangkan risiko peny4kit jantung.
Mereka yang mengalami kesukaran bernafas juga disarankan untuk mengambil buah tin untuk pernafasan yang lebih selesa.
Wah, banyak betul manfaat buah tin ni. Jadi, tidak hairanlah jika buah ini dinobatkan sebagai buahan yang hampir sempurna di dunia.
3. BUAH DELIMA (AL-RUMMAN)
Pexels/Rawpixel.com
Buah delima (Punica granatum) disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 3 kali iaitu sekali dalam Surah Ar-Rahman dan 2 kali dalam Surah Al-An’am.
Pokok delima berasal dari negara Iran. Tanaman ini mula diperluaskan dan ditanam di seluruh daerah Mediterranean sehingga ke kawasan China, India dan juga California (Amerika Syarikat).
Bijinya yang cantik bak delima dan boleh dimakan secara langsung nyata mempunyai khasiat yang berguna sebagai agen ant1-oksidan.
Ianya juga mampu untuk mencegah kanser.
Beberapa kajian telah dijalankan ke atas pokok delima.
Hasil kajian mendapat bahawa bunganya boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk merawat peny4kit kron1k seperti d1abetes.
4. PISANG (AL-TALH)
Pexels/Rawpixel.com
Buah pisang (Musaceae sp.) adalah sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi di Malaysia dan juga serata Asia. Dalam Al-Quran, buah pisang ada disebutkan secara khusus di dalam Surah Al-Waqiah, ayat 28.
Buah pisang sering diambil sebagai sumber tenaga dan dapat menggantikan nasi untuk mereka yang berdiet. Menu diet menggunakan pisang agak pelbagai dan senang dihasilkan mengikut kreativiti. Ianya mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan dapat membantu sistem pencernaan dan j4ntung.
5.KURMA ( AL-NAKHL)
Buah kurma (Phoenix dactylifera) disebut sebayak 26 kali di dalam Al-Quran.(
Khasiatnya jelas diceritakan dalam Surah Mariam ketika peristiwa kelahiran Nabi Isa A.S.
Mariam yang tinggal sendirian selepas melahirkan Nabi Isa A.S hanya bergantung kepada sumber makanan terdekat yang terdapat pada masa itu.
Buah kurma yang digugurkan dari tempat dia berteduh menjadi ubat untuk merawat dirinya.
Buah kurma sememangnya buah yang sangat terkenal, terutamanya ketika waktu bulan Ramadhan.
Ianya dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk jangka masa yang lama.
Terdapat hadis yang menyarankan pengambilan buah kerma ketika waktu berbuka puasa (
“Ini sejalan dengan jaminan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bahwa di rumah yang dijamin tidak ada kel4paran adalah rumah yang ada kurmanya – yaitu jenis buah, bukan jenis biji-bijian apalagi umbi-umbian. “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (HR Muslim).”
Selain buahnya yang banyak manfaat, bahagian lain pokok kurma juga banyak kegunaanya.
Batang pokok kurma boleh digunakan untuk menghasilkan papan lapis(1). Ianya terdiri daripada gentian sellulosa yang sangat kuat.
Manakala serbuk bunga kurma pula dipercayai dapat dijadikan sebagai alternatif untuk mendapatkan cahaya mata.
6. ANGGUR (INAB)
Pexels/Rawpixel.com
Buah anggur (Vitiis vinifera) disebut sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran.
Ayat-ayat tersebut menceritakan tentang pengkomersialan tanaman anggur yang telah bermula sejak dari zaman Nabi Nuh A.S lagi.
Di Malaysia, anggur agar mahal harganya kerana ianya perlu diimport dari luar negara.
Buah anggur berasal dari pergunungan Caucacus yang terletak antara Sepanyol dan Perancis.(
Kemudian, ia mula ditanam di kawasan Asia, Mediterranean dan Eropah.
Melalui Eropah, penanaman anggur diperkenalkan ke Afrika (terutamanya Afrika Selatan), Australia, Jepun dan California.
Penanaman anggur di kawasan Asia Tenggara pula bermula di daerah Indonesia, Thailand dan Filipina yang diperkenalkan pada kurun ke-19.
Khasiat anggur dalam bidang perubatan kajian saintifik terbukti berkesan untuk melancarkan proses penghadaman.
Selain itu, ianya dapat membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam badan.
Kandungan bahan yang dijumpai dalam anggur seperti antosiosin dapat mengurangkan risiko s4kit j4ntung.
Jadi apa tunggu lagi?
Marilah kita cuba mengamalkan pengambilan buah-buahan ini.
Selain manfaatnya yang banyak, kita juga dapat mengambil ikhtibar tentang kekuasan Allah S.W.T. dengan melihat pada keagungan ciptaan-Nya ini.
Sumber: iluvislam