ɪɴɪʟᴀʜ ᴋᴇʟᴇʙɪʜᴀɴ ʏᴀꜱɪɴ 7 ᴍᴜʙɪɴ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴛɪᴍᴘᴀ ᴜᴊɪᴀɴ ᴀᴛᴀᴜ ᴅᴜɢᴀᴀɴ ʟᴜᴀʀ ʙɪᴀꜱᴀ.
Wanita Ini Pesan Amalkanlah Yasin 7 Mubin Kepada Mereka Yang Ditimpa Ujian Atau Dugaan Luar Biasa.
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang Yassin 7 Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT. Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak
boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat (12), (17), (24), (47), (60), (69), & (77),
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keaj4iban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini. Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Sumber : AtieQa Hod