(Video) Sesi Selfie 3 Rakan Bertukar Ser4m, ‘jelmaan’ Mona Fandey Tumpang Sekaki
“Senyumannya sangat lebar, pakai gincu merah, bentuk muka bulat dan giginya ada t4ring, itu bukan sahabat saya”.
Demikian kongsi Ruzaliza Ruzlan, 36 tahun menerusi satu video pendek di TikT0k yang memaparkan wajah sahabatnya bertukar anɛh ketika berswafoto bersama.
Malah rata-rata warganet yang menonton video berkenaan mengaitkan wajah jelmaan itu mirip Mona Fandey yang satu ketika dahulu pernah menggɛmparkan negara sekitar tahun 1993 yang membunvh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mohd. Mazlaan Idris.
Pasangan bom0h Mona Fandey dan suaminya Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Husin didapati bersalah pada 9 Februari 1995 membunvh Mazlan dengan mengɛrat 18 bahagian sebelum ditanam sedalam 1.8 meter di sebuah rumah di Felda Ulu Dong.
Menceritakan kembali, Ruzliza mengatakan, dia bersama dua sahabatnya iaitu Sheila Sufia, 36 tahun serta Emilia Azila Zainulhak, 46 tahun mengambil gambar selepas beriadah di kawasan pusat beli-belah Star, Mentakab pada Ahad lalu.
Katanya, kel4kuan salah seorang sahabatnya itu Emilia bertukar anɛh dan tidak seperti yang dikenalinya sejak 12 tahun yang lalu.
“Kami biasa akan joging pada pukul 6:30 pagi selepas subuh. Sebelum pulang ke rumah, kami akan selfie sama-sama dan kawan saya ajak bergambar di tempat itu.
“Pada awalnya kami nak ubah tempat sebab tak cantik, tapi kawan saya (Emilia) tetap bertɛgas,” ceritanya.
Tambahnya, Emilia secara tiba-tiba terlalu gh4irah untuk berswafoto, lalu terus memanjat kayu palet.
“Kami terkɛjut sebab itu bukan personaliti dia,” katanya.
Jelasnya, ketika berswafoto rakannya tidak mengenakan sebarang solekan.
“Bentuk mukanya juga bujur, tidak mempunyai gigi taring dan senyumannya tidak seperti dalam gambar,” katanya.
@ruzalizaruzlan Allahuakbar..sesungguhnya Allah yg maha mengetahui segalanya..#kisahseram #mentakabpahang #fyp #gengjoging
Video pendek yang memaparkan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh @Ruzlizaruzlan di laman TikTok itu sehingga kini mendapat lebih 3.5 juta tontonan daripada warganet.
Sementara itu, pada ruangan komen rata-rata netizen turut berkongsi cerita seakan serupa.
“Saya pernah jadi macam ini, suh anak sedara snap gambar kat jambatan. Gambar lain semua okay tiba-tiba satu gambar muka putih pucat, lipstick merah menyala padahal saya tak make up pun,” kata @Eresmia.
“Dulu kawan saya ambil gambar bersanding. Dah siap bergambar nak tengok terkejut tengok muka sama dengan kawan berdiri belakang dia,” ujar @Umirozi443.
“Saya pernah kena macam ini, ambil gambar kawan. Kat rnr ambil gambar, tengok dalam fon muka putih, kelopak mata lebam sangat. Sangat lain,” kongsi @Fadhamid1903.
Sumber TikTok.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.